Bukannya mudah....
hendak menutup hati yang duka
di kala dunia dan maya tergelak manja
sedangkan kita terluka di mana-mana........

Hujan ini pun bagai mengguris rindu
di hati-hati yang sayu dan pilu
siapa pun tak bakal tahu
kerana mereka pun ada yang tak pernah setuju
akan makna aib dan malu
yang sedia tersimpan dan kini jadi menggebu
di dalam sesetengah jiwa yang penuh sendu.......

Siapakah engkau.......
yang pernah ku kenal
atau pun memang tidak pernah ku kenal
lalu kau ku dakap erat ke dalam mimpi
ku letak tinggi di persada sanubari
bersama melewati denai-denai hari
yang selama ini hayatku gigih atau lirih
tetap meniti penuh harap penuh debar
sepenuh hati tanpa henti.........

Bagaimanakah aku.....
akan menghadapi kerenah ini
sendiri mencambuk hati
di hari-hari yang bagai tak pasti

Bagaimanakah aku......
di hujung segala waktu
akan menarik segala reba hiba
dan menyimpan deraian airmata
dalam menilai cinta dan setia
para anakmuda
yang sedang meniti
bara-bara suka dan pesona dunia
tanpa mengenal neraca Sang Pencipta
yang mengintai taqwa dan ridha
di hati para hambaNya.....

Bagaimanakah aku.....
akan melaung dunia
di luar ruang dada maya
dengan rintih yang kini menjadi bara
aib yang kini menjadi lara
melihat seorang engkau belahan diriku
telah terinjak petaka rasa
yang merebah kubah sukacita.....

Wahai belahan diriku....
sekali engkau terguris
seribu tahun aku bakal merasa
sekali engkau terluka
seribu tahun aku bakal mengalir airmata
kerana di tanganku memang telah terpalit cerita
tentang rona dan sumur bahagia
dirimu di hari muka.....

Wahai Sang Pencipta
rungkailah segala nestapa
juga sakit pedih di kolam rasa
biarlah yang benar kembali bertakhta
jujur dan ikhlas seperti yang pernah dikata
akan segala rendah dan kurang
yang sedia jelas nyata dan ada.........


@@@@@@@&@@@@@@@

Sekian...... salam kasih drp tokma digb......



Assalamualaikum...

Aik...... rindu benar tokma akan blog-blog tokma dan anak cucu cyber yang boleh ditemui di sini..... Sejak salah seorang anak tokma ( beserta menantu dan cucu tokma) terlibat dlm kemalangan jalan raya di bulan Ogos yg lalu........yang membuat tokma&tokbah serta ahli keluarga sibuk menjaga mereka semua di hospital dan juga di rumah.... kemudian bertembong pulak dengan bulan Ramadhan dan Syawal yang menuntut komitmen yang tinggi di dalam ibadah segala umat Islam itu...... maka... baru kini tokma boleh bersembang kembali dengan anda yang serasa dan setia.......

Dalam kesemua masa tu banyak jugaklah yang tokma dah cakap dan dah rasa....... ya la orang tua yang memang dah senja.... memang macam tu la....... Dalam masa-masa tu juga orang bercakap dan tokma pun bercakap........ Orang merasa dan tokma pun merasa.......Tapi satu halnya tokma ni susah sangat nak bagitau orang tentang kesusahan dan kerumitan tokma di tengah-tengah kemelut tu terjadi...... Sedari kecil tokma ni macam tu....... jumpa dengan tokbah yang sama macam tu jugak.......... hm...... dah jadi sekepalalah pulak dah..... Keadaan ini dah menjadi kemarahan pulak kepada sesetengah orang......alahai.......

Barangkali jugak kerana tokma sangat terasa hidup berjauhan dari ibubapa menjadikan tokma banyak memendam rasa duka dan kecewa...... terasa takdak tempat mengadu....... kalau mengadu dengan tok&tokki tokma pun hanya perkara-perkara mustahak dan tertentu sahaja .... bukannya soal-soal hati dan perasaan...... kerana tokma selalu rasa tok&tokki tokma tu milik orang ramai bukannya milik tokma yang khusus seperti ibubapa tokma sendiri.......ya la..... depa pun ada anak-anak dan cucu-cucu yang lain juga kan..........

Sedari kecil tokma memang selalu rasa yang susah, sedih, duka dan kecewa itu adalah milik peribadi tokma seorang sahaja, tak ada untungnya kita berkongsi itu semua dengan orang...... salah-salah nanti jadi umpatan dan kejian pula..... Selalu tokma rasa..... kalau macam tu tokma susah... orang lain yang lagi susah pun ada.... Kalau macam tu tokma menderita.....orang lain yang lagi menderita pun ada......... jadi tokma selalu rasa seganlah pulak dan terasa seperti hendak membesar-besarkan cerita pula.........Sebaliknya pula..... tokma rasa .....yang kita boleh dan patut buat untuk orang sekeliling kita adalah mengembirakan mereka..... memberi sokongan dan pertolongan kepada mereka seterdaya dan seikhlas mungkin...... hm.... itulah dia......

Hidup dengan tok&tokki tokma yang selalu menjadikan tokma kena ikut depa pergi ke beberapa masjid pada hari-hari tertentu setiap minggu..... menjadikan tokma rasa tak apa je dengan segala macam duka dan tak puas hati...... kerana tok-tok guru selalu bercakap tentang sabar...... taqdir...... ujian hidup...... kena pilih nak hidup dalam salah ke dalam betul......kena mati jugak satu hari nanti, tak kiralah masa tua ke masa muda ke......... balasan syurga dan neraka.....Itu telah menjadikan tokma ni selalu suspence la di sepanjang masa tu...... selalu tokma terfikir-fikir kenapa agaknya aku ni Allah jadikan macam ni...... dan nanti-nanti Allah nak jadikan aku ni macam mana pulaklah agaknya......... Keadaan itu menjadikan tokma ni banyak jugaklah termenung dan berfikir..... dan tak lah tokma berani sangat kalau nak banyak-banyak komplin tentang hidup tokma ni......

Bertemu tokbah di usia 23 th dan mengahwininya setahun kemudian...... menjadi turning point juga di dalam kehidupan tokma ...... tokma memang rasa syukur kerana selepas itu tokma merasai tokma telah memiliki kehidupan tokma yang tersendiri...... ada suami yang menjadi kawan dan sahabat personal yang boleh berkongsi cerita tanpa rasa bimbang seperti kalau kita bercakap dengan orang lain yang belum tentu akan menjaga kehormatan diri kita terhadap apa yang kita cakap dan cerita....... Dan di sinilah juga tokma telah menjadi lebih berjimat-jimat cakap dan berjimat-jimat rasa dengan orang-orang di luar rumahtangga tokma......

Perkahwinan memang mengajar kita had sempadan percakapan di dalam dan di luar rumahtangga.......... kehormatan suami isteri yang mesti sama-sama dijaga oleh kedua-dua belah pihak akan tetap menjadi keutamaan...... Kita terpaksa belajar apa yang wajib menjadi rahsia dan apa yang boleh diumumkan...... so memang orang berumahtangga perlu berjimat-jimat cakap...... Perasaan siapa dulu yang harus kita jaga dengan cara yang betul..... pun kena dipelajari....... tak boleh kita menjadi terlalu sensitif....... terlalu mudah tersinggung dan terasa hati..... *eh samalah tu.....tak boleh terlalu sangat marah atau sedih..... dan tak boleh juga terlalu-lalu sangat gembira sampai terlupa diri siapa.......

Tuntutan hidup di dalam satu-satu perkahwinan juga kadang-kadang boleh merubah persepsi diri kita terhadap tatacara dan matlamat kehidupan itu sendiri yang sedikit sebanyak merubah gaya hidup kita seharian....... yang kadang-kadang pula menimbulkan sedikit perbezaan di antara satu sama lain..... Bahayanya keadaan ini boleh saja mengundang salah faham dan silap tafsiran terhadap kita dan kehidupan yang kita kena lalui....... So kadang-kadang bila kita kembali berjumpa saudara mara kita atau handai taulan kita yahg dulu-dulu.... maka sesetengah dari mereka langsung tak jimat cakap dan tak jimat rasa bila berhadapan dengan kita........

Nampaknya itulah risikonya bila kita cuba memilih untuk melakukan sesuatu yang hanya kita mampu buat dengan seadanya sahaja dalam hidup kita ini...... takdan nak buat lebih.... takdan nak puaskan hati semua orang........ Situasi ini kadang-kadang boleh sahaja menimbulkan cakap lepas berdepan-depan atau soksek-soksek di belakang-belakang ......hm....tak apalah ..... memang itu je yang kita mampu pun...... asal tidak bersalahan dengan hukum Allah dah la........Rasanya ini pun satu dari bentuk-bentuk ujian hidup dari Allah Swt untuk hamba-hambaNya ...yang menuntut keredhaan dan kesabaran kita pula sebagai makhlukNya....... mudah-mudahan tokma sebagai hambaNya yang lemah ini sentiasa mendapat keredhaan dan rahmat dariNya...... Amin ya Rabb...


Sekian.... salam kasih dr tokma di gb.



;;