MENCARI DAMAI DI HATI



Assalamualaikum anak cucu tokma semua..

Duduk-duduk sendirian..... selalu membuat kita merenung jauh ke dalam diri ... melewati detik-detik yang sudah dilalui..... menilai gerak hati kita.....merenung tutur kata..... menilik tindaklaku di neraca Allah, bukan semata-mata mengira apa yang sedap di mata dan suka di minda sahaja.....

Kadang-kadang di dalam hidup ni.... apa yang kita suka tu ada jugak yang tak selari dengan hukum Allah... Katalah... seorang anak perempuan yang sangat sayangkan ibubapanya... aisy!... tokma ni..... memanglah patut dah macam tu... anak kenalah sayangkan ibubapanya.... kalau tak.... tak dosa ke nanti... Iya... iayalah cucu oooiii..... Gini tokma nak kabo kan... Bila dah lah anak perempuan tu berkahwin.... tang mana pulak nak duduknya tu....?

Aaa... iya.... betul!... Duduknya tu di sisi suaminya lah.... di rumah di mana suaminya duduklah..... Payah jugaklah jadi mak ni..... Biasalah kan.... setiap mak, tentulah sayangkan anak-anaknya.... Tapi, bila kita mendidik anak perempuan ni..... kita kena tanamkan dalam minda kita dan minda anak tu, yang satu hari nanti ..... rumahnya adalah di rumah suaminya.... Makan minumnya pun bersama suaminyalah.....Kalau banyak - aaa .. syukurlah, kalau masa tu sikit aje perolehan dia..... sabarlah dulu.....Kalau ditakdirkan Allah .... suami awak tu kurang sikit daripada awak...... awak redha je lah.... Sebab jodoh awak tu Allah yang tentukan... Bagaimana pun usaha akhtiar... atau marah halang para manusia.... jika memang ada jodoh awak dengan dia..... maka jadi.... Kalau tak jadi tu.... tentu memang jodohnya takdak lah tu... ya tak...?

Jadi ... kalau dah kahwin tu.... di sisi suaminyalah duduknya dia senentiasa.... Pengorbanannya adalah duduk di rumah suaminya... bukan di rumah ibubapanya sepenuhnya.... Kalau anak perempuan tokma berkahwin... dapat 1/3 giliran duduk di rumah tokma&tokbah berbanding 2/3 di rumah ibubapa suaminya adalah sudah adil bagi tokma..... Kalau menantu lelaki membahagikan 1/2 untuk tokma dan 1/2 masa lagi di rumah ibubapanya.... maka itu adalah bonus untuk tokma... Alhamdulillah dan terlebih syukurlah rasanya.... Tapi tokma tak akan mintak sampai lebih dari 1/2 lah selagi ada ibubapa menantu lelaki itu..... Begitulah adanya..... Di rumah ibubapa suamilah para isteri akan belajar kebiasaan-kebiasaan yang baik yang tidak ada di rumah ibubapanya sendiri.... kerana tak ada oranglah yang rasa tokma dapat memberi 100% kebaikan kepada anak-anaknya ..... kurang lebih mesti ada.... Dan si isteri juga akan memanfaatkan pula kebiasaan-kebiasaan yang baik yang sudah pun sedia di milikinya di rumah suaminya atau di rumah ibubapa suaminya.... insyaAllah...

Syy!..... adalah tokbah tu berpesan..... orang berumah tangga ni..... jangan sesuka hati je nak tinggal-tinggalkan suaminya atau isterinya.... Ada kata-kata orang yang biasa juga kita dengar...'sayangkan isteri tinggal-tinggalkan'.... Hm... sayangkan suami macam mana pulak....? Nak tinggal-tinggalkan jugak ke....? Isyyy..... jangan deme duk biasa-biasa buat bab tinggal meninggalkan ni.... Memang tak elok bebenor..... Mudah je menimbulkan fitnah.... Jangan sampai orang lain terkesiankan pulak suami awak tu.... atau 'terkesiankan' isteri awak tu yang kena di tinggalkan dek awak.... Uhhhhh...... itu semua tu pintu kepada fitnah tu..... Kalau tinggal utk gi kerja tu lainla.........

Lagi pun kan.... hidup atas dunia ni bukannya lama mana sangat...... sat kan dah nak kena mati la pulak..... Tokma ni diam tak diam dah 30 tahun hidup dengan tokbah ni.... sekejap je rasanya..... isyyy..... sekarang ni sedar-sedar dah tua-tua belaka dah tokma dengan tokbah ni..... Pusing kiri.... pusing kanan .... dah habis satu hari....Pandang depan pandang belakang pula .... dah habis pun 30 tahun tu.....bukan lama sangat pun.....Ha... kalau asyik duk suka sangat tinggal meninggalkan ni... banyak mana sangat nak ada masa duduk bersama.....Padahal masa duduk bersama suami tu la kita banyak mengutip pahala ..... melayan makan minumnya.... berborak bercerita bersama .........bergurau senda dengannya..... menghilangkan duka hati dan jerih payah tubuh badannya....... aaaa..... banyak ganjaran pahalanya tu kan...?

Tambah-tambah bagi orang yang berkerjaya suami isteri...... bila awak semua tu gi kerja.... si suaminya asyik duk kena jumpa orang lain.... gitu jugak si isterinya... memang dah-dah duk kena jumpa orang lain juga...... Bila balik baru la nak duk dengan pasangan masing-masing..... Masa tu... penat pun ada la.... sebok kerja rumah pulak pun ada la.... Kalau masa ni nak tinggal-tinggalkan pulak.... bila masa awak nak seronok berdua......

Aaaa...... Lagi satu.... ada orang ni.... dia kahwin ni kadang-kadang bukan kerana Allah sangat tau..... Kahwin kerana Allah tu macam mana..? Haaa..... Kahwin kerana Allah ni sebab kita nak menambahkan amal ibadat kitalah dengan perkahwinan kita ni......Jadi dlm perkahwinan ni segala ibadat kita tu dah bertambahlah pahalanya.... hati kita lebih tenang sebab dah adalah kata orang tempat meletakkan hati.... Ya la.... memangla suami yang kena bagi nafaqah zahir dan batin..... kurang lebih tu ...ikut kemampuan suami la.... Tapi bab layanan makan minum.... tidur baring..... bercakap berkabor.... bergurau bersenda tu kenalah isteri sama menunaikan...... Itu hal serius tu.... bukannya boleh buat main-main hai anak cucu ooooiiiiiii.......!

Sat-sat.... kahwin tak kerana Allah tu macam mana pulak...? Aaaa la... memang ada la yang macam tu tu.... Ada orang... bila dia tengok orang kahwin... dia nak kahwin jugaklah.... tak kisahlah dengan siapa pun kan....Ada tu takutla lama-lama jadi anak dara kan.... ya la .... semua perempuan pun biasanya memang macam tu la......Tokma dulu pun taknak gak eh duk lama-lama jadi anak dara tu..... Kalau ada orang tak kisah fasal nak kahwin pun problem jugala kan.... must be something wrong somewhere jugak la tu kan...... Tapi bila dah kahwin tu kena la anak-anak perempuan menerima hakikat .... yang dia telah berkongsi hidup dengan suaminya... bukan hidup di celah ketiak ibubapanya lagi...... wallahu 'alam....... Tapi tetaplah sisuami kena bawak isterinya itu balik menziarahi ibubapa isterinya juga...... understood la tu kan ... ya tak anak-anak cucu tokma yang di kasihi semua....???

Apabila kita dapat dan sanggup berbuat yang betul mengikut neraca Allah... barulah datang keberkatan ...... dan hati merasa damai dan hidup dilimpahi bahagia yang kekal abadi hingga ke syurgaNya.... Amin ya Rabb.......


This update is specially done for Bangcik di Egypt....

Sekian.... salam kasih dr tokma di gb......
..




Bukannya mudah....
hendak menutup hati yang duka
di kala dunia dan maya tergelak manja
sedangkan kita terluka di mana-mana........

Hujan ini pun bagai mengguris rindu
di hati-hati yang sayu dan pilu
siapa pun tak bakal tahu
kerana mereka pun ada yang tak pernah setuju
akan makna aib dan malu
yang sedia tersimpan dan kini jadi menggebu
di dalam sesetengah jiwa yang penuh sendu.......

Siapakah engkau.......
yang pernah ku kenal
atau pun memang tidak pernah ku kenal
lalu kau ku dakap erat ke dalam mimpi
ku letak tinggi di persada sanubari
bersama melewati denai-denai hari
yang selama ini hayatku gigih atau lirih
tetap meniti penuh harap penuh debar
sepenuh hati tanpa henti.........

Bagaimanakah aku.....
akan menghadapi kerenah ini
sendiri mencambuk hati
di hari-hari yang bagai tak pasti

Bagaimanakah aku......
di hujung segala waktu
akan menarik segala reba hiba
dan menyimpan deraian airmata
dalam menilai cinta dan setia
para anakmuda
yang sedang meniti
bara-bara suka dan pesona dunia
tanpa mengenal neraca Sang Pencipta
yang mengintai taqwa dan ridha
di hati para hambaNya.....

Bagaimanakah aku.....
akan melaung dunia
di luar ruang dada maya
dengan rintih yang kini menjadi bara
aib yang kini menjadi lara
melihat seorang engkau belahan diriku
telah terinjak petaka rasa
yang merebah kubah sukacita.....

Wahai belahan diriku....
sekali engkau terguris
seribu tahun aku bakal merasa
sekali engkau terluka
seribu tahun aku bakal mengalir airmata
kerana di tanganku memang telah terpalit cerita
tentang rona dan sumur bahagia
dirimu di hari muka.....

Wahai Sang Pencipta
rungkailah segala nestapa
juga sakit pedih di kolam rasa
biarlah yang benar kembali bertakhta
jujur dan ikhlas seperti yang pernah dikata
akan segala rendah dan kurang
yang sedia jelas nyata dan ada.........


@@@@@@@&@@@@@@@

Sekian...... salam kasih drp tokma digb......



Assalamualaikum...

Aik...... rindu benar tokma akan blog-blog tokma dan anak cucu cyber yang boleh ditemui di sini..... Sejak salah seorang anak tokma ( beserta menantu dan cucu tokma) terlibat dlm kemalangan jalan raya di bulan Ogos yg lalu........yang membuat tokma&tokbah serta ahli keluarga sibuk menjaga mereka semua di hospital dan juga di rumah.... kemudian bertembong pulak dengan bulan Ramadhan dan Syawal yang menuntut komitmen yang tinggi di dalam ibadah segala umat Islam itu...... maka... baru kini tokma boleh bersembang kembali dengan anda yang serasa dan setia.......

Dalam kesemua masa tu banyak jugaklah yang tokma dah cakap dan dah rasa....... ya la orang tua yang memang dah senja.... memang macam tu la....... Dalam masa-masa tu juga orang bercakap dan tokma pun bercakap........ Orang merasa dan tokma pun merasa.......Tapi satu halnya tokma ni susah sangat nak bagitau orang tentang kesusahan dan kerumitan tokma di tengah-tengah kemelut tu terjadi...... Sedari kecil tokma ni macam tu....... jumpa dengan tokbah yang sama macam tu jugak.......... hm...... dah jadi sekepalalah pulak dah..... Keadaan ini dah menjadi kemarahan pulak kepada sesetengah orang......alahai.......

Barangkali jugak kerana tokma sangat terasa hidup berjauhan dari ibubapa menjadikan tokma banyak memendam rasa duka dan kecewa...... terasa takdak tempat mengadu....... kalau mengadu dengan tok&tokki tokma pun hanya perkara-perkara mustahak dan tertentu sahaja .... bukannya soal-soal hati dan perasaan...... kerana tokma selalu rasa tok&tokki tokma tu milik orang ramai bukannya milik tokma yang khusus seperti ibubapa tokma sendiri.......ya la..... depa pun ada anak-anak dan cucu-cucu yang lain juga kan..........

Sedari kecil tokma memang selalu rasa yang susah, sedih, duka dan kecewa itu adalah milik peribadi tokma seorang sahaja, tak ada untungnya kita berkongsi itu semua dengan orang...... salah-salah nanti jadi umpatan dan kejian pula..... Selalu tokma rasa..... kalau macam tu tokma susah... orang lain yang lagi susah pun ada.... Kalau macam tu tokma menderita.....orang lain yang lagi menderita pun ada......... jadi tokma selalu rasa seganlah pulak dan terasa seperti hendak membesar-besarkan cerita pula.........Sebaliknya pula..... tokma rasa .....yang kita boleh dan patut buat untuk orang sekeliling kita adalah mengembirakan mereka..... memberi sokongan dan pertolongan kepada mereka seterdaya dan seikhlas mungkin...... hm.... itulah dia......

Hidup dengan tok&tokki tokma yang selalu menjadikan tokma kena ikut depa pergi ke beberapa masjid pada hari-hari tertentu setiap minggu..... menjadikan tokma rasa tak apa je dengan segala macam duka dan tak puas hati...... kerana tok-tok guru selalu bercakap tentang sabar...... taqdir...... ujian hidup...... kena pilih nak hidup dalam salah ke dalam betul......kena mati jugak satu hari nanti, tak kiralah masa tua ke masa muda ke......... balasan syurga dan neraka.....Itu telah menjadikan tokma ni selalu suspence la di sepanjang masa tu...... selalu tokma terfikir-fikir kenapa agaknya aku ni Allah jadikan macam ni...... dan nanti-nanti Allah nak jadikan aku ni macam mana pulaklah agaknya......... Keadaan itu menjadikan tokma ni banyak jugaklah termenung dan berfikir..... dan tak lah tokma berani sangat kalau nak banyak-banyak komplin tentang hidup tokma ni......

Bertemu tokbah di usia 23 th dan mengahwininya setahun kemudian...... menjadi turning point juga di dalam kehidupan tokma ...... tokma memang rasa syukur kerana selepas itu tokma merasai tokma telah memiliki kehidupan tokma yang tersendiri...... ada suami yang menjadi kawan dan sahabat personal yang boleh berkongsi cerita tanpa rasa bimbang seperti kalau kita bercakap dengan orang lain yang belum tentu akan menjaga kehormatan diri kita terhadap apa yang kita cakap dan cerita....... Dan di sinilah juga tokma telah menjadi lebih berjimat-jimat cakap dan berjimat-jimat rasa dengan orang-orang di luar rumahtangga tokma......

Perkahwinan memang mengajar kita had sempadan percakapan di dalam dan di luar rumahtangga.......... kehormatan suami isteri yang mesti sama-sama dijaga oleh kedua-dua belah pihak akan tetap menjadi keutamaan...... Kita terpaksa belajar apa yang wajib menjadi rahsia dan apa yang boleh diumumkan...... so memang orang berumahtangga perlu berjimat-jimat cakap...... Perasaan siapa dulu yang harus kita jaga dengan cara yang betul..... pun kena dipelajari....... tak boleh kita menjadi terlalu sensitif....... terlalu mudah tersinggung dan terasa hati..... *eh samalah tu.....tak boleh terlalu sangat marah atau sedih..... dan tak boleh juga terlalu-lalu sangat gembira sampai terlupa diri siapa.......

Tuntutan hidup di dalam satu-satu perkahwinan juga kadang-kadang boleh merubah persepsi diri kita terhadap tatacara dan matlamat kehidupan itu sendiri yang sedikit sebanyak merubah gaya hidup kita seharian....... yang kadang-kadang pula menimbulkan sedikit perbezaan di antara satu sama lain..... Bahayanya keadaan ini boleh saja mengundang salah faham dan silap tafsiran terhadap kita dan kehidupan yang kita kena lalui....... So kadang-kadang bila kita kembali berjumpa saudara mara kita atau handai taulan kita yahg dulu-dulu.... maka sesetengah dari mereka langsung tak jimat cakap dan tak jimat rasa bila berhadapan dengan kita........

Nampaknya itulah risikonya bila kita cuba memilih untuk melakukan sesuatu yang hanya kita mampu buat dengan seadanya sahaja dalam hidup kita ini...... takdan nak buat lebih.... takdan nak puaskan hati semua orang........ Situasi ini kadang-kadang boleh sahaja menimbulkan cakap lepas berdepan-depan atau soksek-soksek di belakang-belakang ......hm....tak apalah ..... memang itu je yang kita mampu pun...... asal tidak bersalahan dengan hukum Allah dah la........Rasanya ini pun satu dari bentuk-bentuk ujian hidup dari Allah Swt untuk hamba-hambaNya ...yang menuntut keredhaan dan kesabaran kita pula sebagai makhlukNya....... mudah-mudahan tokma sebagai hambaNya yang lemah ini sentiasa mendapat keredhaan dan rahmat dariNya...... Amin ya Rabb...


Sekian.... salam kasih dr tokma di gb.



MENJADI LELAKI.......


Assalamualaikum.....

Kita semua.... makhluk yang di namakan insan di dunia ini memang di jadikan oleh Allah SNW... Ini adalah hakikat...... Tak kiralah samada kita ni lelaki atau perempuan..... semuanya dijadikan oleh Allah Taala belaka.... Suka ke.... tak suka ke.... kalau dah tercongak ada di atas dunia ni..... maka sudah terjadilah tu..... kena terima hakikatlah tu.....

Umumnya banyak yang merasa..... menjadi lelaki itu lebih istimewa..... kerana ia lebih kuat.... sebab umumnya lelaki saiznya lebih besar daripada perempuan...... tenaganya pun lebih banyak berbanding perempuan..... Ini menjadikan lelaki lebih berani ke depan...... lebih pantas dan maju pergerakan..... dan dengan sendirinya mereka kelihatan lebih berketerampilan di mata manusia sejagat...

Tetapi sebenarnya ...... menjadi lelaki atau perempuan adalah sama sahaja nilainya dan kedudukannya di sisi penciptanya iaitu Allah \yg Maha Berkuasa..... Kelebihan yg diberikan kepada lelaki itu adalah sesuai dengan fungsinya kenapa ia dijadikan dimuka bumi ini...... Tugasnya lebih..... tanggungjawabnya lebih berat...... dan mereka memang tak dapat lari dari hakikat itu...

Perempuan yang kelihatan kurang berbanding lelaki itu pula sebenarnya tidak kekurangan suatu apa pun daripada lelaki..... Walaupun tugasnya dikatakan kurang dan tanggungjawabnya juga dikatakan kurang....tetapi yang kelihatan kurang itu sebenarnya tetap sama berat jugak dengan apa yang dijadikan untuk lelaki.... Betapa sukarnya perempuan nak menjalankan fungsi dan tanggungjawab keperempuanannya yang kelihatan kurang itu sama sahaja beratnya dengan sukarnya lelaki nak menunaikan fungsi dan tanggungjawabnya seabagai lelaki di muka bumiNya ini........ Sebab itulah nilai lelaki dan perempuan itu sama di sisi Penciptanya...... Dan kita pun bila menilai diri kenalah mengikut norma dan terma nilai yang sudah disahkan oleh Allah Taala ...... bukan ikut percepsi diri kita sendiri sahaja....

Kalau kita menilai fungsi dan tanggungjawab diri mengikut apa yang kita kesukaan kita sahaja...... maka kita sebenarnya tidak pun berlaku adil kepada diri kita....... kerana adil bagi bg seseorang itu mengikut percepsi dirinya sendiri sahaja..... tidak semestinya adil pula bg diri orang lain......
Oleh itu .... kenalah ada satu norma dan terma nilai yang unggul untuk seluruh manusia yang ujud di muka bumi ini...... so sekarang nilai apa dan nilai siapa yang kita nak pakai.....?

Jawabannya ialah... kita kenalah menerima dan mengguna pakai nilai yang telah ditentukan oleh Allah Yg Maha Kuasa yg telah diturunkan kpd seluruh umat manusia di dunia ini melalui al-Qur'an al-Karim...... Kenapa ...? Kerana Allah yang menjadikan kita...... yang meletakkan kita di dunia ini....... yang memberi kita nyawa dan kehidupan..... So... Dia (Allah) memang sudah ada perancangan tertentu untuk sekelian makhlukNya di dunia dan di akhirat nanti......

Kita sebagai makhluk yang kena jadi ini..... kenalah hidup dan menjalankan fungsi kita dengan tanggungjawab yang diberikan itu sesuai dengan kehendak Allah sebagai Pencipta kita....... barulah kita boleh hidup dengan lebih harmoni di dunia ini...... Tak lah bercakaran dan huruhara senentiasa....... Untuk itu .. kita kenalah mengenal erti diri dan fungsi kehidupan kita di dunia ini....... jadi belajarlah....... belajar ..... belajar...... dari al-Qur'an la...... jangan sembarangan pulak....

Salam sayang drp: tokma di Gb.

First!....... Happy Birthday to Ateh Man.......

Wow!......... meghah!...... garang tu!.......

Fantastic!......... menyembur-nyembur!...........

Cantik gak ni.......... suka tak.......?

Waaa.......... yang ni handsome.... kan.... kan....?

Aaaaaaa............. yang ni yang ma suka.......kihkihkih........

Ni kat negeri omputeh ni...... kat mana tu..... lupa dah......

Racing Ateh Man!........ Racing!.......
Heh..... orang lelaki gak!....... kalau dengan motor!............

Assalamualaikum.....
Hmmmm!....... Ateh Man mesti ketawa sakan tengok motor-motor ni.......... hahahahaha......... Eisyeh!...... mama pun pandailah cari motor...... tak kisahlah brand apa kan........ janji motor la....siap ada gambar motor-race lagi la....... kihkihkih....... Nanti bolehlah iiee lawan balik motor-motor tu dalam friendster iiee........ huhuhuhu.......

Selamat menyambut hari lahir ke 20 lah...... mudah-mudahan Allah panjangkan umur..... murahkan rezeki ....... permudahkan segala urusan ....... bertambah iman dan amal kebajikan..... ditingkatkan Allah akhlaq dan keikhlasan......sentiasa sihat tubuh badan..... sihat aqal fikiran....... sihat juga hati dan perasaan......najah always di dalam pengajian dan kehidupan ..... Insyaallah .........

Hadiah hari lahir......? Selain dari doa..... itulah gambar-gambar motorcycle tu........ hahahaha..... gambar je pun takpa lah kan....... ma mana ada budget untuk beli motor-motor tu sema........ kita pakat tengok je lah ya...... Janji iiee senyum sokmo dengan ma....... sampai boleh nampak gigi arnab lah kan....... baru ma seronok kan.......

This update is done specially for Ateh Man @ iiee........

Sekian.... Salam Mujahadah drp tokma di Gb......

Cantik tak gambar ni...........? Tapi sunyi sikitkan.....?

Siminah Manja tu takdaklah mcm ni...... tapi dia memang lawa....

Ni pun lembu ni....... tapi sekali tengok mcm kambing jer kan.... ?

Kambing2 ni tokma rasa mcm tokjembel dan tokbeni je

Handsome sungguh dia ni kan....... Siap dgn semyum kambing lagi......

Assalamualakum!....
Tokma jalan2 di alam cyber..... dah jalan2 tu terjumpalah sidia.... ooo.... siapakah sidia itu..... itulah anak kambing saya ...... cantik pulak dan muda remaja..... mak dia pun ada..... mak dia pun cantik juga...... Lalu tokma pun teringat satu cerita..... cerita di zaman yg tak lah sangat muda..... sungguh pun gitu seronoklah juga rasanya ........ kalau dapat bercerita semula...... kepada anak2 cucu semua ..... yg tokma kasih dan sayang belaka.....

Cerita tu mcm ni lah mula...... dulu... baru2 duduk kat Gb di tepi hutan ni..... memanglah orangnya tak banyak mana.....dan tak berapa nak ada..... Itulah.... kira2 lima belas X dua belas purnamalah juga ..... tokma dgn tokbah je la yg ada dgn tujuh org anak yg masih kecil2....... Yg lain tu yg dekat kira sepelaung kalau dipanggil hanyalah Toksu dan Toklong sahajalah yg ada...... Eh Tokali pun adalah juga..... Tp duduknya itu pula ..... sebatanglah kara..... anak pinak pun tak ada..... hm...... sedih sungguhlah dia..... tokma nak buat mcm mana.......

Dah duduk2 gitu.... adalah tokbah duk beli se ekor lembu yang muda...... budak2 kat rumah ni duk lah bg nama dia si minah manja ...... kira2 tu lawa jugaklah dia..... ya lah lembu dara yg tengah muda...... Pastu tokbah belilah lagi sepasang kambing yg muda belia juga...... seekor jantan dan seekor lagi tu betina....... Dek bebudak di panggilnya tokjembel dan tokbeni...... isy.... budak2..! Kambing2 tu bukannya tua pun...... tapi dah depa suka nak panggil macam tu..... hm... tak apalah.

Sebenarnya tokbah beli lembu tu...... dgn niatlah nak habiskan aqiqah anak2 yg ada lagi belum di aqiqahkan..... ada yg dah sudah pun....... Akan kambing tu pula naklah menyempurnakan hjt nazar arwah tokki tokma terhdp tokma yg tak sempat beliau sempurnakan semasa hayat beliau.... Jd sewaktu beliau dah uzur tu beliau pesankan pd tokma mintak tokma sempurnakan..... hm.... adalah hjtnya tu yg dibgtau kpd tokma masa tu......

Seronok jugalah tokma anak beranak tu membela si minah manja.... tokbeni dan tokjembel tu.... Ya lah..... adalah juga yg nak kami bisingkan...... tengok2kan ...... maklumlah org pun takdak sgt lagi kat sini masa tu...... kira2 tu sunyilah juga...... Surau kami tu pun takdak lagi jugak pada masa tu.... Rumput pun banyak........ pokok nangka pun mmg dah adalah tokbah tanam sebelum rumah kami ni didirikan........... Kira2 adalah makanan binatang2 bertiga ekor tu......

Nak dijadikan cerita...... bila time nak disembelih depa2 tu utk menyempurnakan aqiqah anak2 dan nazar Allahyarham tokki....... berlakulah dua hal....... Hal pertama tu hal biasalah...... Kan tadi dah cerita yg si minah manja tukan lawa binatangnya ...... kuning keemasan jugaklah warna badannya .... senyumnya pun memanglah maniskan...... manis2 senyum si lembu muda dara.... Alakullihalnya...... si minah ni sempatlah pulak berumahtangga....... Maklumlah pada masa tu banyak jugaklah lembu2 org lain yg dtg cari makan kat kawasan tokma ni....... Dalam byk2 lembu jantan betina yg dtg tu........ ada jugaklah jodoh siminah ni rupanya.......Sempat buntingkan anak sulung pulak lagi.siminah manja kami ni...... So.... tak jadilah nak disembelih...... Kenalah panggil TokCer...... suami kakak sepupu tokma..... utk ditrade in siminah ni dengan lembu lain yg layak disembelih pada masa dan ketika tu........

Anak2 tokma sukalah siminah tak jadi nak disembelih..... sbb depa dah sayangkan siminah ni...... tapi terpaksa pulak berpisah ....... sebab siminah ni nak kena dijual pulak....... So sedih pulaklah anak2 di rumah ni....... tambah2 depa takdan nak lihat anak siminah yg bakal lahir........ Moyok belaka jugalah muka anak2 ni..... Tp nak buat mcm mana....... kawasan ni akan jd kawasan perumahan.... bukannya senang nak bela lembu pun....... Lagipun tokbah sebok nak mengajar..... takdan jugak nak carikan makanan si minah ni kalau bela lama2....... hm......'sian....

Cerita sikambing pula satu hal jugak........ Tengah2 sebok nak sembelihkan depa bertiga tu...... sempat pulak tokjembel tu melepaskan dirinya........ tak terkejar larinya........ susup sayap..... hilang terus dr pandangan....... last2...... dibiarkan sahajalah........ Lembu baru dan tokbeni sahajalah yg berjaya masuk kuali dan kawah........ Akan tokjembel tu ..... berketika2 jugaklah hilangnya...... Nak ganti pun masa tu dah takdan dah........ Namun begitu....... adalah dua tiga minggu lepas tu baru tokjembel tu dijupai orang....... Jauh jugaklah jalannya tu....... dari Gb ni sampailah dia ke Kampung Tok Jembal ........ Memang padan sangat....... tokjembel lari ke Tok Jembal...... kihkihkih!........ lucu jugak ya......... Hm...... tapi bila dah jumpa tu...... tak berapa lama pun....... makan mata pisau jugaklah tokjembel tu........

Hm.... gitulah ceritanya..... bila tengokkan lembu2 dan kambing2 yg lawa2 di dlm cyber ni...... tokma terkenanglah pulak kepada depa bertiga yg akhirnya masuk jugak ke dlm kuali dan kawah Pak Lan utk dibuat kenduri aqiqah dan tunai nazar kami di rumah di Gb ni..... Kenduri tu dibuat semasa kami baru2 duduk di rumah nilah...... walau pun pada masa tu...... taklah sudah sangat lagi rumah kami ni........ Tapi tokma seronok sangat ....... sebab walau pun tak seberapa rumah ni.... tapi tokbah ttp dpt bina rumah ni tanpa susah payah berhutang berbaris........ Tokma memang takut jugak kalau2 tokbah kena berhutang berbaris sbb tokma ambil keputusan resign awal sebab tokma nak sangat bela dan asuh anak2 sendiri..... thanks a lot always to my dear tokbah yang sungguh sabar, caring and understanding selama ini...........
Sekian........ Salam Sayang drp tokma di Gb.....


Assalamualaikum,

Nampaknya tokkbah dah selalu terima sms fsl pusaka...... dr serata tempat jugaklah di Msia ni.....Alhamdulillah.... Utk mengetahui .... mengendali dan menangani masalah pusaka yg berkaitan dgn diri kita dan org2 di sekeliling kita ini..... kita hendaklah mempunyai pengetahuan mengenainya....... Tokbah ni tak sesuai sikit nak tulis byk2 guna sms ni..... Tapi takpa lah..... sbg orgtua ..... tokbah dan tokma akan ttp cuba menolong menghuraikan kemusykilan2 mengenai hal2 pusaka ini..... biarlah kita sama2 berilmu dan faham..... dan boleh mengendalikannya.....

Utk ini...... segala pertanyaan mengenai pusaka dan juga feqah semasa yg berkatan dgn kehidupan seharian kita sbg org2 Islam akan cuba dijawab tokbah di dlm blog :


CYBERILMU. di alamat URL

Segala pertanyaan pula boleh di hantar ke email :


Yg akan menjawab persoalan2 ttg pusaka & feqah semasa ialah tokbah (Dr. Hj. Salleh Ismail Yusuf al-Mutie - mantan Dekan SPI - KUSZA... sek bertgs ktrk dgn UDM) ...... manakala blog akan dikendalikan oleh tokma..... sbg satu amal jariah dan khidmat bakti utk mendidik anakcucu semua2.......menjd ibadat yg berpanjangan bg kami yg sudah tua.... InsyaAllah.....


Sekian....... Salam Sekahtera drp tokma diGb....


Assalamualaikum,


Syukur Alhamdulillah........ Buku tokbah : Al Lughatul Al Arabiyyah - Smart Learning - Zoom Aproach sudah pun siap...... dah boleh dijual pun..... kira2 dah boleh terbanglah tu.......... sambutan pertama tentulah dr jemaah surau kami di gb, trg.......


Bahagia sgt rasanya tokma...... bila mengenangkan sgl jerih payah tokbah selama kira2 10 tahun jugaklah meneliti... membuat kajian..... pemerhatian...... kajiselidik..... mengenai kelemahan dan kekurangan yg terjadi di dlm pengajaran dan pembelajaran Bhs Arab di sek2 di Msia ini.... Yg paling menyedihkan dan mengecewakan tokbah ialah apabila pelajar2 lepasan Diploma dan Ijazah yg belajar agama dlm Bhs Arab tu masih ramai jugak yg tak boleh nak baca kitab2 dlm Bhs Arab dengan betul ........ Tokbah tu jd betul2 sedih dan duka....... tokbah ni dia rasa depa2 ni mcm anak2 dia jugaklah ...... dah belajar tinggi2...... tapi tak dpt nak baca kitab asal yg berbhs Arab tu di dlm bhs Arab itu sendiri....... terpaksa pulak cari kitab2 terjemahan dari bhs Arab atau kitab2 baharu yg di tulis org di di dlm Bhs Melayu pulaklah utk mengajar....... terutama utk rujukan di surau2....... keadaan ini sgt2 menghibakan tokbah yg terlibat secara langsung di dlm pengajaran via Bhs Arab di slh sebuah pusat pengajian tinggi di Malaysia ini.......


Yg lucunya ada jugaklah berlaku di dlm fatrah kejadian ini..... tokbah ini bukannya guru Bhs Arab...... dia ni dr bidang Syar'iyyah ......... so dia mengajar subjek2 Fiqh.... Siasah Syar'iyyah ( Political Science lah tu )...... Faraidh ...... mcm tulah.... Lepas tu bila meeting Sekolah Pengajian dia gaduhlah complaining fsl bhs Arab...... bg cadangan itu ini utk pengajaran bhs Arab...... DAN ....... memang lojiklah kalau tok2 guru Bhs Arab tu marahkan dia pula........ kata dia bussy body...... sbb tokbah tu kan guru fekah....... so..... duk masuk campur bidang org yg dia bukannya pakar pun..... yg dia gaduh tu kan tok2 guru Bhs Arab belaka.........hahahaha...... lucu tak......? Tokma mmg rasa lucu pun........ tp tokbah tak marah pun bila tokma gelihati dan ketawa....... Tapi yg tokbah gaduhkan tu pun lojik jugak....... student dah belajar Bhs Arab dah..... tp bila kena belajar subjek2 Fiqh tu dlm bhs Arab..... ramai jugak yg tak faham...... tak boleh pulak baca buku2 rujukan dlm Bhs Arab............ nanti nak kena buat assingment / bahath dlm Bhs Arab.... nak kena exam / imtihan pun dlm Bhs Arab jugak....... tulis baca Bhs Arab tu byk student yg tak mahir.pulak...... tak ke haru biru tu........ tak kiralah anak org ke anak kita ke student tu ........ mmg haru biru punya........


So...... back to the point........ jd kami fikir....... kenapa tidak tokbah je yg selesaikan masalah tu mengikut perspektif tokbah sendirilah pulak.......... tok2guru Bhs Arab tu dah mmg ada cara depa dah...... dah memang bidang depa....... Tapi kita yg bukan bidang ni..... kita dapati kita ada pulak cara yg kita rasa mudah utk kita mencapai matlamat tu mengikut side of view org2 yg payah pandai mcm kita ni....... bukan tokbahlah tu.... tp tokmalah.... yg tak reti sepatah haram Bhs Arab ni pd masa tulah....... ni taulah dah sebijik dua..... tak byk pun lagi....... heheheheh..........


So..... dgn niat nak membantu para pelajar dan tentulah anak2 kami sendiri jugak...... jadi tokbah berusaha mengenal pasti kelemahan dan keperluan pelajar2 di dlam penjgajian Bhs Arab ini dr peringkat menengah rendah hingga pusat2 pengajian tinggi......... Usaha tokbah ni memanglah tak seberapa........ apalagi berbanding dgn para guru yg memang pakar dlm bidang ini........ Tetapi usaha ini dibuat mengikut keperluan pelajar2 yg tak dpt menguasai bhs ini w/p sudah menghabiskan byk masa mempelajarinya dgn tujuan supaya depa boleh mentelaah dan menulis dengan betul dlm bhs ini......... semoga usaha tokbah ini dpt menolong sebhg org yg memerlukannya .......... InsyaAllah......


Sekian........ Salam bahagia drp tokma di gb. trg.......

Assalamualaikum....

Hm..... macam tu lah selalunya yg berlaku..... kalau subuh tu selepas pukul 6.00 pagi..... orang kata lewatlah subuh sekarang.... terkejar2 nak gi kerja..... tak sempat siap lah..... tak sempat makanlah..... tak sempat nak hantar anak ke sekolahlah.... Tapi bila subuh tu kira-kira jam 5.30 pagi pula..... org kata pula...... awal sangatlah subuh..... tak terbangun lagi masa tu....... nanti tak cukup tidur.... bangun awal sangat pun penat jugak nak gi kerja....... tidur semalam tu dah lewat..... nak bangun awal sangat...... susah jugaklah.....

Sudahnya..... nak dapat satu saf lelaki 20 org pun susah kat surau tu..... Saf perempuan pendeklah lagi ......satu saf 9 org shj..... awak tetap 4 hingga 5 org shj..... kekadang tu tinggal 3 org atau 1 org..... Hm... bukan senang nak bangun awal ni kalau tak dilatih dari kecil2 lagi.... Yang sedihnya tu.... pada pagi2 hari minggu pun sikit sangat para bapa yang sanggup gi masjid surau..... apalagi nak latih anak2 lelaki depa yg bakal jadi suami dan bapa orang tu solat subuh berjemaah di masjid surau di awal2 pagi tu..... Hmmmm.......... entahlah....

Kadang2 tu tokma ada jumpa kawan2 ....yang sesetengahnya sudah pun bersara....... biasanya kami berjumpa di pusat beli belah atau di bank..... borak2 jugaklah. .. bertanya khabar ttg kesihatan diri..... tanya khabar anak2..... cucu2 mana yg dah ada cucu...... bertanya2 jugak apa yg dibuat di usia tua ni........Timbul jugaklah macam2 cerita..... yang kesimpulannya kalau tentang solat berjemaah 5 waktu dan belajar berdengar di masjid surau ni ialah : masa muda..... gagah..... kita2 ni sibuklah dgn kerja .... dgn jawatan..... tak sempat memang nak gi masjid surau ..... hambatan kerja yg sentiasa mendesak ttp menjadi alasan utama..... Tapi bila dah pencen pulak.... lain ceritanya jugak.... sbb badan dah tak sihat mana ..... kadang sakit itu.... sakit ini.... sakit di situ.... sakit di sini..... So... penyudahnya sama jugaklah.....dah tak larat mana pulak dah lah nak gi masjid surau..... pi mai... pi mai..... tang tu jugaklah..... Bagi tokma&tokbah perkara2 semacam ni memang menyedihkan...... sebab masjid surau ni adalah satu institusi yg sgt penting di dlm beribadat dan belajar agama bagi org2 Islam sejagat......

Satu hari tu ada surat khabar yg shout out....tulisnya.... ada masjid surau tu..... ustaz2nya bukan main lagi mengajar..... moden dan up to date sangat dah..... tahap pelajaran yang di bawa dah sampai lebih kurang sama dgn diploma di IPT dah..... malah sesetengah tu siap ada laptop dan slide lagi.... tapi jemaah yg datang tetap seciput jugak.....tak ramai...... kebanyakan orang sibuk cari makan dan hiburan je ....... tak ada masa nak ke masjid surau.... ada masa lapang nak selesai masalah rumah tangga pulak...... nak cuci kereta pulak....... nak tidur dan rihat lebih lah pulak.....

So..... kalau hari minggu... di trg ni hari Jumaat dan Sabtu lah tu..... kalau belum pukul 9.00 pagi biasalah most of the rumah2 kediaman ni senyap sunyi dan tingkap tertutup rapat dan gelap lagi....... belum bangun dari tidur lagi....... so.... memang payahlah nak gi masjid surau tu.... Yg tokma bimbang sangat tu ialah kekadang tu kot ada jugak setengah2 ustaz pun yang baru2/muda2 dan moden2 tu yg duk lena di bawah selimut lagi lah di subuh2 hari minggu yg 2 hari tu.... kotlah cuma bangun sat je solat subuh tepi2 katil... pas tu masuk bawah selimut balik...... sebab byk jugak yg tak pernah dijumpai kat masjid surau tu...... mlh kereta2 pun masih berdiam je di porch pd masa2 itu.......Aduh!.... malang betul kalau dah jadi macam ni kan........?

Doa tokma setiap masa yg dipanjatkan ke hadhrat Allah Azzawajalla ialah mudah2an umat Islam di Msia ni akan semakin bertambah baik dari semasa ke semasa....... mudah2an Allah bukakanlah pintu hati mereka utk menuntut ilmu Islam sebagai pedoman dan panduan hidup di muka bumi ini.... Biarlah pergi ke masjid dan surau utk berjemaah dan menuntut ilmu tu dpt di jadikan agenda di dlm kehidupan umat, spt kata tokbah... ada masuk menu sehari2lah .........Mudah2an para remaja Msia ni tak habis masa dan umur secara sia2 dgn dunia fantasi dan khayalan shj ...... tdk mencari rezeki di jlan2 yg salah di sisi Allah walau pun mereka mendakwa yg mereka tdk pun mencuri atau berjudi .......... amin ya Rabb.....

Salam kasih drp Tokma di gb........



Assalamualaikum!......


Akhir2 ini banyak sekali yg tokma lalui..... kehilangan orang2 tersayang...... orang2 yg byk jasa di sekeliing kehidupan tokma..... dan Sabtu 5hb April ini.... menyaksikan pula detik2 anak bungsu tokma mengakhiri saat2 manis pengajiannya di SMAAZA, KT...... Sjk 1992 - 2007...... kesemua tujuh org anak2 tokma 5 lelaki dan 2 p'puan tlh berada di sek ini samada dr tgk 1 atau selepas PMR hingga ke akhir Thanawi..... ada yg 4 Thanawi dan yg akhir di jdkan 3 Thanawi kemudian tamat...... Syukur kpd Allah Yg Maha Besar...... yg tlh merialisasikan hjt dan doa tokma nak menyekolahkan anak2 di Thanawi SMAAZA kemudian ke Mesir......


Melalui detik2 perjuangan menyekolahkan anak2 di bidang agama ini bukanlah satu perkara yg mudah utk tokma dan tokbah lalui ....... sebab semuanya nak di sekolahkan di sini..... byk timbul persoalan.... byk timbul kesalah fahaman dr setengah2 org di keliling kelalang tokma terhdp perbuatan tokma yg sebegini...... Tokma&tokbah dilihat tdk memberi kebebasan utk anak2 memilih apa yg mereka mahu...... apa yg mereka nak......


Yg org tdk mungkin tdk tahu atau terfikir ialah keredhaan dan kesedaran anak2 ini sendiri utk mencari ilmu di bidang ini dgn cara ini....... jd proses menjadikan anak2 ini redha dan sedar itulah persoalannya...... Pd tokma&tokbah meletakkan asas yg betul dan kukuh sbg org2 Islam serta seboleh2nya tdk lari dr arus perdana sistem pengajian negara adalah yg terbaik yg patut kita berikan kpd anak2 kita sebagai warganegara Malaysia yg tercinta ini..... Kita perlu mendidik anak2 kukuh di bidang ugama kerana itu tanggungjawab unggul kita sbg ibubapa Muslim... tetapi kita kena jugak tdk terkeluar dr arus perdana pengajian Malaysia yg berbilang kaum dan agama ini.... supaya kita ttp boleh memegang tampuk pemerintahan negara kerana kita mmg tdk boleh bertuankan org2 kuffar apalagi di negara kita sendiri yg memegang status Islam sbg agama resmi ....... dan org2 Melayu Islam sendiri pun adalah tuan asal negara ini.......


Anak cucu nak tau tak apa impian tokma terhdp sisitem pendidikan di negara Malaysia ini.....? Ok.... Kerana bumi ini mmg bumi Allah..... (di mana2 pun mmg bumi Allah kan..... ya tak...?)... dan kerana Malaysia pun mmg agama resminya adalah Agama Islam..... maka sistem pendidikan di Malaysia ini mmg sepatutnya berteraskan Islam itu sendiri sjk dr Tadika hinggalah ke IPTA...... dgn maksud..... di IPTA itu walau apa pun anak2 nak jadi.... guru ke..... doktor ke ..... engineer ke.... lawyer ke..... akauntan ke ..... ahli perniagaan ke........ pegawai tadbir ke.......arkitek ke.... pegawai executive ke ... apa ke...... mestilah di dlm kesemua pengajian itu ada Islamic knowledge and approach di dlmnya...... yg akan menjdkan anak2 dan cucu2 kita .... tak kira di peringkat pegawai tadbir atau buruh kolar putih dan kolar biru semuanya dpt membina kehidupan dan mencari rezeki........ berteraskan Iman dan Akhlaq Islamiah......


Org2 kuffar itu di Malaysia ini dah tetap selamat di bawah tangan dan sistem pemerintahan dan negara yg berpaksikan Islam yg luhur dan syumul ini...... tetapi org2 Islam belum tentu selamat jika negara ini tdk mengamalkan Islam sbg sistem pemerintahannya...... Ini kerana Islam itu adalah Hak Allah yg diturunkan kpd semua manusia tak kira ia beriman atau tidak..... Islam mmg sentiasa betul dan adil utk semua manusia...........tak kiralah manusia itu beriman atau tidak dgn agama Allah ini....... Sebab itulah ......kalau kuffar yg mmg tak beriman itu mengamalkan sistem kehidupan Islam....... dia ttp selamat sbb sudah ada akhlaq Islamiah yg menjamin keadilan sejagat di dlmnya...... tetapi bg org Islam sendiri..... mmg tak leh dah nak amal yg lain... by hoock by croock dia mmg kena hidup dan mati secara Islam lah..... barulah betul dia itu Islam...... inside dan outside sekali gus gitu ..... tak boleh jd Muslim kalau outside nampak mcm Islam tp inside dia tdk Islam atau inside dia kata dia Islam tapi outside dia tak amalkan pun amalan2 kehidupan Islam......


Syukur pd Allah Azzawajalla ........ yg telah menyempatkan tokma&tokbah menyekolahkan anak2 di dlm sistem ini...... yg tak tahulah berapa lama lagi dpt bertahan....... Kerana terasa sgt..... betapa ada tgn2 yg tak nampak yg tak inginkan sistem ini berlanjutan...... yg semcm tak nak anak2 cucu kita mewarisi sekaligus pengajian dunia akhirat dlm bentuk ini dgn prajudis kalau2 anak2 cucu ini satu hari nanti bangkit melawan sistem sekular yg masih ada mendarah daging di dlm matlamat dan minda setgh2 dr kita tanpa sedar........ waliauzubillahi min zaalik!......


Sekian..... Slm manis drp tokma di gb........


Assalamualaikum......

Rumah itu....... memang tempat pertemuan...... tempat sanak saudara berkumpul..... membaharui rasa kasih, rasa sayang dan harapan utk bertemu lagi di lain hari dan waktu.... Rumah yg masih mempunyai seorang ibu di dalamnya memang akan memiliki aura ini di dalamnya..... Tetapi... hari ini ..... seorang lagi ibu yang seperti itu telah kembali ke Rahmatullah! ...... Inna IiLLahi wa inna Ilaihi Rajiuun.......

Cikngah Jah( Khadijah - mak sepupu kpd tokma) atau di panggil Tokngah CikJah oleh cucu2 saudaranya telah tiada lagi di mayapada ini...... telah di semadikan beliau hari ini di perkuburan Bukit Kecil di depan Sabasun KT.... Semasa hayatnya.... saat-saat kenduri kendara di rumahnya di Pdg Hiliran itu memang selalu menggembirakan tokma...... Melihat adik2 dan ipar2nya di dapur tolong memasak di waktu2 kenduri kendara di rumahnya.... ( Ayah Man & Cik Dah ... Ayah Chin & Cik Ya ... Ayah Heng (arwah) & Cik Pah ... Ayah Mat (arwah) & Mak Teh Ti ... Ayah Nong & Mak Ani ... Ayah Lim & (isy... lupalah pulak nama mak acik yg ni... )... Ayah Chor (arwah) & Mak La ).... adalah satu kenangan manis dan kegembiraan yg sukar tokma lupakan.....

Arwah ayahanda kpd Cikngah Jah ni adalah adik kpd arwah nenek tokma di sebelah ibu..... tokma pula adalah cucu sulung nenek tokma yg inilah..... so, usia tokma ni duduk setahun lebih muda dr arwah Ayah Heng dan setahun lebih tua dr arwah Ayah Mat ..... so boleh katakan inilah semua teman2 sepermainan tokma semasa tokma membesar di dlm asuhan arwah nenek tokma di KT ni (ibubapa tokma bermastautin di Jhr) sampailah tokma tinggalkan kampung halaman melanjutkan pelajaran di UKM dan kemudiannya berkahwin dgn tokbah dan pindah ke Prk....... Depa2 ni lah antara teman bermain dan mengharung air di musim banjir di KT dulu2.... depa lah jugak body guard kalau kami anak2 p'puan nak gi tengok wayang atau keramaian..... kami anak2 dara ni tak kan boleh pergi kalau tak ada semua2 body guard ni ikut untuk tengok2kan kami.... itu adalah perintah orgtua2 dlm keluarga kami......

Di majlis2 kenduri atau hariraya di rumah Allahyarhamah Cikngah Jah inilah jugaklah di antara tempat tokma menunggu utk ketemu dgn saudara mara..... sepupu sepapat ..... yang sudah jauh terpisah mengikut haluan kehidupan masing2 di berbagai tempat...... Di setiap pertemuan..... kami saling mengucap salam dan bertanya khabar dgn saudara mara yg bukan mahram..... dan tentulah bersalam dan berpeluk cium sesama p'puan dgn penuh nostalgia kasih sayang dan kerinduan.....

Kadang2 tu kelucuan pun timbul jugak ...... tersalah menghulurkan salam oleh adik2 sepupu lelaki tokma oleh tersangat rindu lama tak jumpa...... Huhuhuhu..... sayang!.... tak leh salam dah..... kita semua dah dewasa...... dah mmg bukan mahram pun..... Ikutkan rindu.... rasa nak peluk dan nak cium jugak2 adik2 dan anak2 sepupu yg laki2 tu mcm yg p'puan tu..... Tapi mmg tak leh dah! ........ dulu kecik2 bolehlah...... sekrang semua dah jadi suami2 orang dan ayah2 orang belaka....... Begitu jugak dgn suami2 bagi kakak2 sepupu dan dua pupu..... di situlah jugak di antara tempat tokma mengucapkan salam...... bertanya khabar depa dan anak cucu depa ... dan mendoakan kesihatan mereka.....

Sungguh.!... hidup ini tersangatlah singkatnya..... so... tak usahlah nak gaduh2..... dah kata mengata..... dengki mendengki..... Sebaik2nya kita ni... selama hidup ini....biarlah saling ingat mengingat ke jalan yg di redhai Allah..... doa mendoa ke arah kesejahteraan dan rahmat Allah .... biar ada lah kata orang, jadi benda/pahala yg boleh di kutip dan dikumpul utk jadi bekal bila kembali mengadap Allah Azza wa Jalla nanti..... Amin ya Rabb..

Sekian....... Slm manis drp tokma di gb....


Assalamualaikum!....


Kenangan ini........memang mengusik jiwa........ melihat kipas yang besar di surau hasil pemberiannya......melihat lantai surau pun...... lampu-lampu elektrik di surau...... peti wang surau (yang seringkali juga dikopak orang-orang jahil yang tidak bertanggung jawab )........ melihat pagar surau ....... hm....... begitu banyak sekali kenangan tentang Allahyarham Tok AjiLi ini.... Allahyarham ini banyak berusaha untuk pembangunan fizikal surau kami ini....... banyak menyumbang wang duitnya....... dan banyak merialisasikan impian sumbangan orang lain untuk menjadi kenyataan di surau ini. W/p dia pegang satu jawatan sebagai Bendahari...... tetapi dialah sebenarnya pengurus surau kami ini dalam beberapa tahun di akhir hayatnya itu....


Di bulan puasa..... dialah yang menguruskan jamuan berbuka puasa di surau ni...... tukang pergi pasar.... nak urus itu ini....... memasak tu memanglah kami..... Tapi kalau kami nak itu.... nak ini.... tak cukup itu..... tak cukup ini..... dialah yang kami cari...... Dialah orang tua kami di surau ini..... Tokbah memang tak usik dah...... tokbah jaga bab/jadual pengajian sahaja...... Member kamcengnya pada masa tu adalah Tok AjiUncle....... Mudah2an Allah gantikan sahabat baru untuk Uncle bekerja si surau ini........ InsyaAllah......


Di musim hariraya korban yang cari orang nak buat korban dan mencari lembu-lembu untuk dibuat korban pun Tok AjiLi lah...... dia yang organisekan untuk mengumpulkan orang-orang yang nak buat ibadat tu....... kadang-kadang tu cerewet jugak kerja tu...... tapi dia sabar sekali melakukannya. ..... Tokbah tinggal sembelihkan sahaja lembu-lembu korban tu......


Hm........ Ya Allah ya Rahim....... Cucurilah rahmatMu ke atas rohnya dan masukkannya ke dalam golongan orang-orang yang soleh dan Engkau ridhaii....... Amin ya Rabb..... Apa pun selagi hidup.... kami yang tinggal tetap akan bersama-sama yang ada ini meneruskan ibadah dan mengimarahkan surau kami ini....... sehinggalah tibanya ketentuan Allah kepad setiap dari kami yang tinggal ini...... Mudah-mudahan kami pun diberkati Allah dengan Husnul Khatimah juga.... InsyaAllah....... Amin ya Rabb......


Sekian....... Salam Sejahtera drp tokma di Gibi........


Assalamualaikum!.......

Rasanya betul-betul sedih...... sayu dan hiba ...... bila salah seorang jemaah surau kami pergi menyahut seruan Ilahi..... Walau pun pemergian beliau boleh diterima dengan ridha ..... kerana begitu takdir perjalanan hidup kita di dunia bila sudah habis waktunya...... tetapi mengenangkan kekosongan yang ditinggalkan itu tetap menjadikan kita sayu dan tak mampu nak senyum jugalah untuk seketika waktu...... Banyak sekali jasa beliau terhadap surau kami sewaktu Allahyarham Tok AjiLi ni masih hidup..... Siapakah yg bakal memenuhi kekosongan ini!........ hm.....


InnaliLlahi wainna Ilaihi Rajiuun!........
Sekian....... Salam Sejahtera drp tokma di gb.....

Assalamualaikum......

Imtihan dah habislah tu...... 11.30 malam semalam (w/m'sia) kakcik sms mintak resepi roti canai... Di sana mestilah masih petang lagi kan..... Tapi tokma dah tidur dah..... jawab sms pun separuh jaga je..... tak boleh bangun dah sebab takut tak jaga pulak nak sahur nanti..... tak bolehlah tak sahur walau pun puasa sunat je...... sebab tokbah dah kerja balik sekarang dan ayahsu Din ikut puasa jugaklah...... depa kata takpa.... tapi syy.... tokma tak sampai hatilah.... lagi pun kan nak dapat pahala sunat jugak kat situ tu........

Jadi..... inilah dia Resepi Roti Canai Untuk Kakcik:-

Bahan-bahan :-
1 kg tepung gandum...... 2 cawan air suam ......1 cawan susu segar ..........1 biji telur ayam........ 2 susu besar gula pasir ........2 sudu besar minyak sapi. ..........1 camca ten garam

Cara :-
1 Ayak tepung gandum dan garam halus ke dalam mangkuk adunan.
2 Masukkan susu segar, air suam, minyak sapi dan telur. Gode-gode dulu rata-rata dengan
sudu atau senduk nasi biar semua bahan rata bercampur..... lepas tu kena uli dengan tangan
sampai sebati.

Tips menguli :-
a) Adunan roti mesti diuli untuk membolehkan adunan mengembang, lembut, sebati dan kenyal.. Menguli dengan menggunakan pengisar elektrik memang mudahlah, 15 minit dah okey..... Tetapi menguli dengan tangan lagi bestlah.... walaupun lama sikit.... itu pun dalam 20 minit aja......

b) Apabila menguli dengan tangan, ia perlu dibuat di atas papan canai yang ditabur tepung sikit....Lipatbalik-lipatbalikkan tepung tu ke arah kita dan tolakkan adunan tu ke depan dengan tapak tangan..... Pusing-pusingkan doh dalam 10 minit hingga kita rasa lembut, licin dan kenyal.
** Adunan yang betul-betul bagus bergantung kepada cara bagaimana kita menguli,
dan adunan doh yang baik tak melekat pd tangan, ia licin dan tak berbulu-bulu
dengan tepung yang melekat-lekat.....

3 Bulat-bulatkan doh sebesar bola pingpong ke....... kira-kira dalam 60 gm beratlah gitu.... Selalu kita buat kat rumah ni kalau sekilo tu dapat 12 biji kalau nak besar sikit..... atai 16 biji kalau nak kecil sikit..... Selalu tu kita bagi dua, bagi dua lagi tiap-tiap satu... buat macam tulah sampai dapat 12 atau 16 biji tu......

4 Kemudian uli sebiji-sebiji kecil doh tu biar bulat dan licin... hahaha.... kemudian balutlah dengan minyak sapi semuanya..... Letak semua dalam mangkuk besarlah.... Tutuplah..

Biasanya kita uli roti canai sebelum kita tidur malam, kalau kita nak buat makan pagi.... atau uli lepas makan pagi kalau nak makan di sebelah petang.... Kena peram jugaklah 3 atau 4 jam bagi dia lembut dan kenyal..... mudah untuk di canai dan di tebar..... hahaha...... reti ke nak tebar.. huuuuiiiii........???

Tak pun ambil je sebiji ....... kemudian canai atas dulang besar atau atas meja yang bersihlah..... yang di letak sedikit minyak... Lepas tu tekan doh tu dengan tapak tangan....... lalu ditarik-tarik-tarik-tariklah keliling pelan-pelan. Bila dah besar macam dulang hidang nasi berlauk di Malaysia ni ..... Tariklah pulak jadi macam tali... Kemudian gulung kedua-dua ekor tali roti tadi secara bertentangan seperti S sehingga bertemu di tengah-tengah dan ditindan berdua..... Ketepikan dan buat yang lain pulak sampai habis.......

Dah habis tu ....... barulah ambil sebiji-sebiji..... tekan-tekan dan leper-leperkan dengan tapak tangan ...... lalu di goreng dengan minyak yang dileser sahaja di dalam kuali...... dah elok masak dan garing seperti yang dikehendaki...... bolehlah nak tepuk nak lambung pun .... bagi dia rangup-rangup gebu.... jangan jatuh berterabur ke lantai sudahlah........... hahaha.......

Nak lauk kari tak...? Ala..... kuah tu kuah kari biasalah...... Kari ayam pun boleh..... kari daging pun tak apa...... Tapi kakcik jangan lupa tarok sayur-sayuran kat dalam dia ...... Jangan buat kari togel-togel gitu aja.... nanti makanan tu tak seimbang pulak dia.....
Ayam atau daging tu potong kiub kecil-kecil sikit .... besar-besar 2 jari je..... kentang.... karot.... terung..... semua potong kiub..... lada pomento yang banyak kat sana tu pun.... Biarlah colourful sikit..... Ada ke daun kari kat sana tu......?? Halba campur ada ke......?? Kalau ada letak dia 1 camca teh semasa menumis tu (tumis sekali selepas tumis rempah 4 beradik tu).

Kari Ayam Untuk Roti Canai Kakcik :-

Bahan-bahan:-
1/2 ekor ayam atau 1/2 kg daging..........12 ulas bawang merah ........5 kuntum bunga cengkih ......
2 sudu besar rempah kari ayam/daging...........4 ulas bawang putih ...........3 biji buah pelaga .......... 2 sm halia 3 sm kulit kayu manis ..........1 camca teh halba campur............4 biji ubi kentang ....... 2 tangkai daun kari ........... 2 biji lada benggala ...........1 batang karot ..........1/2 peket santan segera atau 1/2 cawan susu segar.........1 cawan bawang goreng ..........1 cawan kacang dal. ........
1/2 cawan cili boh ............1/3 cawan minyak masak .........garam + gula secukup rasa........2 biji buah tomato ............1/3 cawan air asam jawa

Cara :-
1 . Ayam (atau 1/2 kg daging) di basuh bersih dan dipotong kiub.... marinate/seosoning sikit
garam + gula/madu + rempah kari + minyak masak (sikit je) .... peram kejap.

2 Semua sayuran dan kentang (dikupas) dibasuh bersih dan di potong kiub.. ketepikan.

3 Panaskan periuk dengan 1/3 cawan minyak masak, tumis :-
a) cili boh + bawang merah kisar + bawang putih kisar + halia kisar .... gode-gode sampai
wangi... kemudian masukkan
b) rempah kari daging yang sudah dibancuh dengan 1/2 cawan air ..... tumis sampai wangi
kemudian masukkan
c) rempah 4 beradik ( cengkih + buah pelaga + bunga lawang + kulit kayu manis ) + halba
campur + daun kari ..... tumis sampai wangi..

4 Masukan ayam + kiub-kiub ubi kentang + karot + kiub-kiub terung .... kacau goreng sampai
rata... tutup dan kecilkan api.... 'Mati-airkan' dia dalam 10 minit.... jaga jangan sampai hangus...
masukkan air sikit kalau kering sangat....

5 Bukak tutup periuk........ tuangkan serbuk santan (yang sudah di bancuh dengan air mengkut banyak kuah yang dikehendakki) + bawang goreng yang sudah di tumbuk lumat..... sentiasa
kacau semasa didihkan ia supaya santan tak berketul....Boleh guna 1/2 cawan susu segar
(kakcik mesti suka kalau dengar susu segar ni) untuk ganti santan..... tambah air sikitlah...

6 Bila dah mendidih masukkan potongan tomato + kacang dal yang sudah di rebus empuk +
gula + garam secukup rasa......

At last...... Rasalah...... dah sedap tu.... angkatlah.... buat cecah roti canai...... Kakcik boleh masak ni.... macam kat rumah dulu kan...... Anak-anak cucu tokma di serata alam ni pun boleh cuba... InsyaAllah.... sedap.... Nak makan dan sudah makan tu jangan lupa baca doa-doanya sebagaimana sepatutnya kita orang-orang muslim lagi mukmin... amin ya Rabb..


Sekian ........ Salam Sejahtera drp tokma di gb...........


Assalamualaikum!.......

Aaaa........Biasa dengar tak orang cakap macam tu.... tak kan di Trg je ada orang cakap macam tu...... ada lah tu kot di tempat lain pun...... tau tak tu cerita apa tu.......??? Hmmm..... pandai pun anak cucu tokma semua ni..... ya lah.... cerita apa lagi..... cerita tentang mahramlah tu ..... Kalau sama Pak/bapa dan sama pulak Mak/ibu maka jadi adik beradiklah semua anak-anak yang di lahirkan oleh Pak dan Mak tu..... Orang adik beradik ni... kita kata depa tu satu mahramlah..... Tidak mengapalah mereka bersentuhan kulit yang mana patut ..... wudhu' pun tidak batal dengan sentuhan biasa antara satu sama lain...... boleh bergaul dan duduk lelaki perempuan sesama mereka di dalam satu rumah........ boleh berpakaian dengan kadar biasa sesama mereka di dalam rumah.... misalnya wanita boleh tak pakai tudung kepala .... pakai pakaian nampak separuh lengan dan separuh betis ke..... bergurau senda dalam suasana kekeluargaan ...... dan mempamerkan kasih sayang kekeluargaan antara satu sama lain termasuk bersama ibu bapa dan datuk nenek mereka............ aaa ..... ...... kira-kira macam tu.......

Tapi kalau yang Pak lain-lain dan Mak pun asing-asing ni macam mana pulak........??? Uuuu.. tu dah bukan adik beradik seibu sebapak lah tu....... kita sebut bukan muhrimlah tu....... Jadi tak bolehlah jadi macam tadi....... tak bolehlah nak bergaul bebas lelaki perempuan samada di dalam atau di luar rumah....... tak bolehlah nak pakai sebarang-sebarang je. bila duduk bersama-sama..... tak bolehlah bercakap dan bergurau senda sama seperti orang yang memang adik beradik kandung........ tak bolehlah nak keluar berdua bertiga tanpa mahram yang bertanggung-jawab yang menemani ......Hmm....... tak boleh.... memang tak boleh!!!.........
Orang-orang yang bukan muhrim dan tak boleh bergaul sesuka hati ini tidaklah terhad kepada satu-satu golongan sahaja. Kalau orang biasa tak boleh buat..... maka artis ke..... orang -orang kenamaan ke.... orang sukan ke..... pengembara ke ..... pelancong ke..... semua tu tak bolehlah...

Tak bolehlah sebab awak pelakon.... maka awak pun boleh bukak-bukak aurat sebab itu kehendak skrip..... Siapa yang lebih berhak ke atas diri kita....? Allah atau pengarah/skrip..? Rezeki pengarah itu pun Allah yang bagi...... Dia mengarah atau buat skrip mesti ikut peraturan yang Allah tetapkan... bukan ikut suka hati dia je...... Kalau kita buat kerja.... tak ikut apa peraturan yang Allah tetapkan ke atas diri kita..... maka rezeki yang kita dapat tu tak akan jadi halal...... macam mana nak makan rezeki tu.......? Nanti badan kita jadi habuan api neraka dan amal ibadat kita pun tidak akan diterima Allah........

Selalu kita dengar...... dalam industri lakonan ni....... apa-apa cerita yang nak dibuat mestilah mendekati realiti ...... Misal kata..... suami isteri tu dlm bilik tidurnya mesranya macam tu.... maka dilakonkanlah macam tu...... UUUUuuuuu.......... jangan nak mengada-ngada.... Ingat...yang berlakon tu bukan suami isteri pun..... maka tak boleh buat macam yang sebenarnya...... Kalau yang berlakon tu suami isteri pun..... tetap ada hadnya yang boleh ditonton orang atau tidak.......Pengarah, pelakon, penulis skrip dan orang yang terlibat dengan industri ini mesti belajar segala hukum hakam tentang mahram, aurat, tatacara pergaulan, etika kerja yang di tentukan Allah, sama seperti di dalam bidang-bidang lain jugak......

Begitu jugak kita lihat di dalam industri sukan..... yang Islam dan bukan Islam.... yang lelaki Islam dan wanita Islam dah macam serupa belaka dah... itu semua atas nama bersukan..... Itu semua tugas mak-mak bapak dan tok-tok nenek nak kena ajar dan didik semua anak-anak cucu dari kecil lagi supaya dapat mengenal semua peraturan-peraturan Allah kalau nak berpakaian.... berkelakuan..... bergaul dan bekerja di dalam bidang itu.... Bukan kita melakukannya secara melulu tanpa mengira segala akhlak dan maruah kemanusiaan yang telah kita musnahkan, sehingga denganya dan kerananya kita menjadi insan yang ingkar kepada Allah dan tidak bertanggung jawab terhadap diri sendiri dan ahli keluarga kita...... waliauzubillahi min zaalik.....

Isy..... susahlah macam tu tokma...... tak bebaslah macam tu tokma....... kolotlah macam tu tokma ........ tak sportinglah macam tu tokma...... tak boleh buatlah macam tu tokma......isy.... tokma ni kolot sangatlah...... isy.... isy... isy... Amboi-amboi-amboi !!! ..... Marahnya !..... bosannya!..... Eh suka ke kita tengok anak bangsa kita ....... anak seagama kita yang berlakon tu sampai berpakaian hampir tak menutup aurat ......... berpeluk bercium tak kira laki siapa.... bini siapa........ anak bujang siapa........ dan anak perempuan siapa......??? Memang susah jugak segala tokma-tokma dan tokbah-tokbah ni kalau ramai sangat anak-anak cucu yang tak faham tentang perkara-perkara berkait dengan soal mahram dan bukan mahram ni..... Ini bukan perkara main-main ni...... Ia melibatkan soal haram halal jugak ni........ soal akhlaq ...... dan soal aurat lagi....... yang menjadi kewajipan bagi setiap yang menghuni bumi Allah ini menjaganya. Alangkah sedihnya apabila melihat orang-orang Islam pula yang merosakkan akhlak dirinya dan masyarakatnya......... Salah siapakah ini.....??? Pak-pak Menteri dan Mak-mak Menteri tu duk buat apa.....??? Kita ni..... macam kata....sebelah tangan kata duk julang mertabat bangsa dan agama.... tapi yang sebelah tangan lagi tu duk tarik segala anak bangsa dan anak seagama duk terjun masuk neraka....... tak sedar ke.....??? Akai mana......... ???

Dengar sini baik-baik hai segala anak cucu tokma...... dengar tokma duk nak cerita ni........ Tang mana dan siapakah yang dinamakan mahram tu......? Lengkongan mahram atau dikenali juga sebagai MUHRIM tu bererti yang di haram. Orang-orang yang menjadi mahram antara satu sama lain ni baik lelaki atau perempuan.... haramlah mereka itu berkahwin sesama mereka..... aaa...... tak boleh kahwin mereka tu antara satu sama lain........maka halallah pergaualan mereka dengan peraturan-peraturan tertentu....... dalam lengkongan keluarga dan masyarakat....

InsyaAllah dalan next update tokma akan bagitau anakcucu semua fasal mahram dan aurat ya...

Ump!!!....... sayang cucu-cucu kecil tokma semua..... katanya alFateh kembung perutlah.... mana mama dia ni .... tak ol pun.... nanti bolehlah tokma bgtau apa nak buat.... Azizi pun dah balik dari PA , dia ni galak mengagah dengan tokbah je....... dengan tokma tak berapa menjadi pulak...... Afifah di KL apa haba' no.......? Rindu pulak tokma kat cucudara yang kecik comel tu..... hm.........


Sekian............ Salam sejahtera drp tokma di gb...........

;;