MENJADI LELAKI.......


Assalamualaikum.....

Kita semua.... makhluk yang di namakan insan di dunia ini memang di jadikan oleh Allah SNW... Ini adalah hakikat...... Tak kiralah samada kita ni lelaki atau perempuan..... semuanya dijadikan oleh Allah Taala belaka.... Suka ke.... tak suka ke.... kalau dah tercongak ada di atas dunia ni..... maka sudah terjadilah tu..... kena terima hakikatlah tu.....

Umumnya banyak yang merasa..... menjadi lelaki itu lebih istimewa..... kerana ia lebih kuat.... sebab umumnya lelaki saiznya lebih besar daripada perempuan...... tenaganya pun lebih banyak berbanding perempuan..... Ini menjadikan lelaki lebih berani ke depan...... lebih pantas dan maju pergerakan..... dan dengan sendirinya mereka kelihatan lebih berketerampilan di mata manusia sejagat...

Tetapi sebenarnya ...... menjadi lelaki atau perempuan adalah sama sahaja nilainya dan kedudukannya di sisi penciptanya iaitu Allah \yg Maha Berkuasa..... Kelebihan yg diberikan kepada lelaki itu adalah sesuai dengan fungsinya kenapa ia dijadikan dimuka bumi ini...... Tugasnya lebih..... tanggungjawabnya lebih berat...... dan mereka memang tak dapat lari dari hakikat itu...

Perempuan yang kelihatan kurang berbanding lelaki itu pula sebenarnya tidak kekurangan suatu apa pun daripada lelaki..... Walaupun tugasnya dikatakan kurang dan tanggungjawabnya juga dikatakan kurang....tetapi yang kelihatan kurang itu sebenarnya tetap sama berat jugak dengan apa yang dijadikan untuk lelaki.... Betapa sukarnya perempuan nak menjalankan fungsi dan tanggungjawab keperempuanannya yang kelihatan kurang itu sama sahaja beratnya dengan sukarnya lelaki nak menunaikan fungsi dan tanggungjawabnya seabagai lelaki di muka bumiNya ini........ Sebab itulah nilai lelaki dan perempuan itu sama di sisi Penciptanya...... Dan kita pun bila menilai diri kenalah mengikut norma dan terma nilai yang sudah disahkan oleh Allah Taala ...... bukan ikut percepsi diri kita sendiri sahaja....

Kalau kita menilai fungsi dan tanggungjawab diri mengikut apa yang kita kesukaan kita sahaja...... maka kita sebenarnya tidak pun berlaku adil kepada diri kita....... kerana adil bagi bg seseorang itu mengikut percepsi dirinya sendiri sahaja..... tidak semestinya adil pula bg diri orang lain......
Oleh itu .... kenalah ada satu norma dan terma nilai yang unggul untuk seluruh manusia yang ujud di muka bumi ini...... so sekarang nilai apa dan nilai siapa yang kita nak pakai.....?

Jawabannya ialah... kita kenalah menerima dan mengguna pakai nilai yang telah ditentukan oleh Allah Yg Maha Kuasa yg telah diturunkan kpd seluruh umat manusia di dunia ini melalui al-Qur'an al-Karim...... Kenapa ...? Kerana Allah yang menjadikan kita...... yang meletakkan kita di dunia ini....... yang memberi kita nyawa dan kehidupan..... So... Dia (Allah) memang sudah ada perancangan tertentu untuk sekelian makhlukNya di dunia dan di akhirat nanti......

Kita sebagai makhluk yang kena jadi ini..... kenalah hidup dan menjalankan fungsi kita dengan tanggungjawab yang diberikan itu sesuai dengan kehendak Allah sebagai Pencipta kita....... barulah kita boleh hidup dengan lebih harmoni di dunia ini...... Tak lah bercakaran dan huruhara senentiasa....... Untuk itu .. kita kenalah mengenal erti diri dan fungsi kehidupan kita di dunia ini....... jadi belajarlah....... belajar ..... belajar...... dari al-Qur'an la...... jangan sembarangan pulak....

Salam sayang drp: tokma di Gb.

0 comments: