MENCARI DAMAI DI HATI



Assalamualaikum anak cucu tokma semua..

Duduk-duduk sendirian..... selalu membuat kita merenung jauh ke dalam diri ... melewati detik-detik yang sudah dilalui..... menilai gerak hati kita.....merenung tutur kata..... menilik tindaklaku di neraca Allah, bukan semata-mata mengira apa yang sedap di mata dan suka di minda sahaja.....

Kadang-kadang di dalam hidup ni.... apa yang kita suka tu ada jugak yang tak selari dengan hukum Allah... Katalah... seorang anak perempuan yang sangat sayangkan ibubapanya... aisy!... tokma ni..... memanglah patut dah macam tu... anak kenalah sayangkan ibubapanya.... kalau tak.... tak dosa ke nanti... Iya... iayalah cucu oooiii..... Gini tokma nak kabo kan... Bila dah lah anak perempuan tu berkahwin.... tang mana pulak nak duduknya tu....?

Aaa... iya.... betul!... Duduknya tu di sisi suaminya lah.... di rumah di mana suaminya duduklah..... Payah jugaklah jadi mak ni..... Biasalah kan.... setiap mak, tentulah sayangkan anak-anaknya.... Tapi, bila kita mendidik anak perempuan ni..... kita kena tanamkan dalam minda kita dan minda anak tu, yang satu hari nanti ..... rumahnya adalah di rumah suaminya.... Makan minumnya pun bersama suaminyalah.....Kalau banyak - aaa .. syukurlah, kalau masa tu sikit aje perolehan dia..... sabarlah dulu.....Kalau ditakdirkan Allah .... suami awak tu kurang sikit daripada awak...... awak redha je lah.... Sebab jodoh awak tu Allah yang tentukan... Bagaimana pun usaha akhtiar... atau marah halang para manusia.... jika memang ada jodoh awak dengan dia..... maka jadi.... Kalau tak jadi tu.... tentu memang jodohnya takdak lah tu... ya tak...?

Jadi ... kalau dah kahwin tu.... di sisi suaminyalah duduknya dia senentiasa.... Pengorbanannya adalah duduk di rumah suaminya... bukan di rumah ibubapanya sepenuhnya.... Kalau anak perempuan tokma berkahwin... dapat 1/3 giliran duduk di rumah tokma&tokbah berbanding 2/3 di rumah ibubapa suaminya adalah sudah adil bagi tokma..... Kalau menantu lelaki membahagikan 1/2 untuk tokma dan 1/2 masa lagi di rumah ibubapanya.... maka itu adalah bonus untuk tokma... Alhamdulillah dan terlebih syukurlah rasanya.... Tapi tokma tak akan mintak sampai lebih dari 1/2 lah selagi ada ibubapa menantu lelaki itu..... Begitulah adanya..... Di rumah ibubapa suamilah para isteri akan belajar kebiasaan-kebiasaan yang baik yang tidak ada di rumah ibubapanya sendiri.... kerana tak ada oranglah yang rasa tokma dapat memberi 100% kebaikan kepada anak-anaknya ..... kurang lebih mesti ada.... Dan si isteri juga akan memanfaatkan pula kebiasaan-kebiasaan yang baik yang sudah pun sedia di milikinya di rumah suaminya atau di rumah ibubapa suaminya.... insyaAllah...

Syy!..... adalah tokbah tu berpesan..... orang berumah tangga ni..... jangan sesuka hati je nak tinggal-tinggalkan suaminya atau isterinya.... Ada kata-kata orang yang biasa juga kita dengar...'sayangkan isteri tinggal-tinggalkan'.... Hm... sayangkan suami macam mana pulak....? Nak tinggal-tinggalkan jugak ke....? Isyyy..... jangan deme duk biasa-biasa buat bab tinggal meninggalkan ni.... Memang tak elok bebenor..... Mudah je menimbulkan fitnah.... Jangan sampai orang lain terkesiankan pulak suami awak tu.... atau 'terkesiankan' isteri awak tu yang kena di tinggalkan dek awak.... Uhhhhh...... itu semua tu pintu kepada fitnah tu..... Kalau tinggal utk gi kerja tu lainla.........

Lagi pun kan.... hidup atas dunia ni bukannya lama mana sangat...... sat kan dah nak kena mati la pulak..... Tokma ni diam tak diam dah 30 tahun hidup dengan tokbah ni.... sekejap je rasanya..... isyyy..... sekarang ni sedar-sedar dah tua-tua belaka dah tokma dengan tokbah ni..... Pusing kiri.... pusing kanan .... dah habis satu hari....Pandang depan pandang belakang pula .... dah habis pun 30 tahun tu.....bukan lama sangat pun.....Ha... kalau asyik duk suka sangat tinggal meninggalkan ni... banyak mana sangat nak ada masa duduk bersama.....Padahal masa duduk bersama suami tu la kita banyak mengutip pahala ..... melayan makan minumnya.... berborak bercerita bersama .........bergurau senda dengannya..... menghilangkan duka hati dan jerih payah tubuh badannya....... aaaa..... banyak ganjaran pahalanya tu kan...?

Tambah-tambah bagi orang yang berkerjaya suami isteri...... bila awak semua tu gi kerja.... si suaminya asyik duk kena jumpa orang lain.... gitu jugak si isterinya... memang dah-dah duk kena jumpa orang lain juga...... Bila balik baru la nak duk dengan pasangan masing-masing..... Masa tu... penat pun ada la.... sebok kerja rumah pulak pun ada la.... Kalau masa ni nak tinggal-tinggalkan pulak.... bila masa awak nak seronok berdua......

Aaaa...... Lagi satu.... ada orang ni.... dia kahwin ni kadang-kadang bukan kerana Allah sangat tau..... Kahwin kerana Allah tu macam mana..? Haaa..... Kahwin kerana Allah ni sebab kita nak menambahkan amal ibadat kitalah dengan perkahwinan kita ni......Jadi dlm perkahwinan ni segala ibadat kita tu dah bertambahlah pahalanya.... hati kita lebih tenang sebab dah adalah kata orang tempat meletakkan hati.... Ya la.... memangla suami yang kena bagi nafaqah zahir dan batin..... kurang lebih tu ...ikut kemampuan suami la.... Tapi bab layanan makan minum.... tidur baring..... bercakap berkabor.... bergurau bersenda tu kenalah isteri sama menunaikan...... Itu hal serius tu.... bukannya boleh buat main-main hai anak cucu ooooiiiiiii.......!

Sat-sat.... kahwin tak kerana Allah tu macam mana pulak...? Aaaa la... memang ada la yang macam tu tu.... Ada orang... bila dia tengok orang kahwin... dia nak kahwin jugaklah.... tak kisahlah dengan siapa pun kan....Ada tu takutla lama-lama jadi anak dara kan.... ya la .... semua perempuan pun biasanya memang macam tu la......Tokma dulu pun taknak gak eh duk lama-lama jadi anak dara tu..... Kalau ada orang tak kisah fasal nak kahwin pun problem jugala kan.... must be something wrong somewhere jugak la tu kan...... Tapi bila dah kahwin tu kena la anak-anak perempuan menerima hakikat .... yang dia telah berkongsi hidup dengan suaminya... bukan hidup di celah ketiak ibubapanya lagi...... wallahu 'alam....... Tapi tetaplah sisuami kena bawak isterinya itu balik menziarahi ibubapa isterinya juga...... understood la tu kan ... ya tak anak-anak cucu tokma yang di kasihi semua....???

Apabila kita dapat dan sanggup berbuat yang betul mengikut neraca Allah... barulah datang keberkatan ...... dan hati merasa damai dan hidup dilimpahi bahagia yang kekal abadi hingga ke syurgaNya.... Amin ya Rabb.......


This update is specially done for Bangcik di Egypt....

Sekian.... salam kasih dr tokma di gb......
..




Bukannya mudah....
hendak menutup hati yang duka
di kala dunia dan maya tergelak manja
sedangkan kita terluka di mana-mana........

Hujan ini pun bagai mengguris rindu
di hati-hati yang sayu dan pilu
siapa pun tak bakal tahu
kerana mereka pun ada yang tak pernah setuju
akan makna aib dan malu
yang sedia tersimpan dan kini jadi menggebu
di dalam sesetengah jiwa yang penuh sendu.......

Siapakah engkau.......
yang pernah ku kenal
atau pun memang tidak pernah ku kenal
lalu kau ku dakap erat ke dalam mimpi
ku letak tinggi di persada sanubari
bersama melewati denai-denai hari
yang selama ini hayatku gigih atau lirih
tetap meniti penuh harap penuh debar
sepenuh hati tanpa henti.........

Bagaimanakah aku.....
akan menghadapi kerenah ini
sendiri mencambuk hati
di hari-hari yang bagai tak pasti

Bagaimanakah aku......
di hujung segala waktu
akan menarik segala reba hiba
dan menyimpan deraian airmata
dalam menilai cinta dan setia
para anakmuda
yang sedang meniti
bara-bara suka dan pesona dunia
tanpa mengenal neraca Sang Pencipta
yang mengintai taqwa dan ridha
di hati para hambaNya.....

Bagaimanakah aku.....
akan melaung dunia
di luar ruang dada maya
dengan rintih yang kini menjadi bara
aib yang kini menjadi lara
melihat seorang engkau belahan diriku
telah terinjak petaka rasa
yang merebah kubah sukacita.....

Wahai belahan diriku....
sekali engkau terguris
seribu tahun aku bakal merasa
sekali engkau terluka
seribu tahun aku bakal mengalir airmata
kerana di tanganku memang telah terpalit cerita
tentang rona dan sumur bahagia
dirimu di hari muka.....

Wahai Sang Pencipta
rungkailah segala nestapa
juga sakit pedih di kolam rasa
biarlah yang benar kembali bertakhta
jujur dan ikhlas seperti yang pernah dikata
akan segala rendah dan kurang
yang sedia jelas nyata dan ada.........


@@@@@@@&@@@@@@@

Sekian...... salam kasih drp tokma digb......



Assalamualaikum...

Aik...... rindu benar tokma akan blog-blog tokma dan anak cucu cyber yang boleh ditemui di sini..... Sejak salah seorang anak tokma ( beserta menantu dan cucu tokma) terlibat dlm kemalangan jalan raya di bulan Ogos yg lalu........yang membuat tokma&tokbah serta ahli keluarga sibuk menjaga mereka semua di hospital dan juga di rumah.... kemudian bertembong pulak dengan bulan Ramadhan dan Syawal yang menuntut komitmen yang tinggi di dalam ibadah segala umat Islam itu...... maka... baru kini tokma boleh bersembang kembali dengan anda yang serasa dan setia.......

Dalam kesemua masa tu banyak jugaklah yang tokma dah cakap dan dah rasa....... ya la orang tua yang memang dah senja.... memang macam tu la....... Dalam masa-masa tu juga orang bercakap dan tokma pun bercakap........ Orang merasa dan tokma pun merasa.......Tapi satu halnya tokma ni susah sangat nak bagitau orang tentang kesusahan dan kerumitan tokma di tengah-tengah kemelut tu terjadi...... Sedari kecil tokma ni macam tu....... jumpa dengan tokbah yang sama macam tu jugak.......... hm...... dah jadi sekepalalah pulak dah..... Keadaan ini dah menjadi kemarahan pulak kepada sesetengah orang......alahai.......

Barangkali jugak kerana tokma sangat terasa hidup berjauhan dari ibubapa menjadikan tokma banyak memendam rasa duka dan kecewa...... terasa takdak tempat mengadu....... kalau mengadu dengan tok&tokki tokma pun hanya perkara-perkara mustahak dan tertentu sahaja .... bukannya soal-soal hati dan perasaan...... kerana tokma selalu rasa tok&tokki tokma tu milik orang ramai bukannya milik tokma yang khusus seperti ibubapa tokma sendiri.......ya la..... depa pun ada anak-anak dan cucu-cucu yang lain juga kan..........

Sedari kecil tokma memang selalu rasa yang susah, sedih, duka dan kecewa itu adalah milik peribadi tokma seorang sahaja, tak ada untungnya kita berkongsi itu semua dengan orang...... salah-salah nanti jadi umpatan dan kejian pula..... Selalu tokma rasa..... kalau macam tu tokma susah... orang lain yang lagi susah pun ada.... Kalau macam tu tokma menderita.....orang lain yang lagi menderita pun ada......... jadi tokma selalu rasa seganlah pulak dan terasa seperti hendak membesar-besarkan cerita pula.........Sebaliknya pula..... tokma rasa .....yang kita boleh dan patut buat untuk orang sekeliling kita adalah mengembirakan mereka..... memberi sokongan dan pertolongan kepada mereka seterdaya dan seikhlas mungkin...... hm.... itulah dia......

Hidup dengan tok&tokki tokma yang selalu menjadikan tokma kena ikut depa pergi ke beberapa masjid pada hari-hari tertentu setiap minggu..... menjadikan tokma rasa tak apa je dengan segala macam duka dan tak puas hati...... kerana tok-tok guru selalu bercakap tentang sabar...... taqdir...... ujian hidup...... kena pilih nak hidup dalam salah ke dalam betul......kena mati jugak satu hari nanti, tak kiralah masa tua ke masa muda ke......... balasan syurga dan neraka.....Itu telah menjadikan tokma ni selalu suspence la di sepanjang masa tu...... selalu tokma terfikir-fikir kenapa agaknya aku ni Allah jadikan macam ni...... dan nanti-nanti Allah nak jadikan aku ni macam mana pulaklah agaknya......... Keadaan itu menjadikan tokma ni banyak jugaklah termenung dan berfikir..... dan tak lah tokma berani sangat kalau nak banyak-banyak komplin tentang hidup tokma ni......

Bertemu tokbah di usia 23 th dan mengahwininya setahun kemudian...... menjadi turning point juga di dalam kehidupan tokma ...... tokma memang rasa syukur kerana selepas itu tokma merasai tokma telah memiliki kehidupan tokma yang tersendiri...... ada suami yang menjadi kawan dan sahabat personal yang boleh berkongsi cerita tanpa rasa bimbang seperti kalau kita bercakap dengan orang lain yang belum tentu akan menjaga kehormatan diri kita terhadap apa yang kita cakap dan cerita....... Dan di sinilah juga tokma telah menjadi lebih berjimat-jimat cakap dan berjimat-jimat rasa dengan orang-orang di luar rumahtangga tokma......

Perkahwinan memang mengajar kita had sempadan percakapan di dalam dan di luar rumahtangga.......... kehormatan suami isteri yang mesti sama-sama dijaga oleh kedua-dua belah pihak akan tetap menjadi keutamaan...... Kita terpaksa belajar apa yang wajib menjadi rahsia dan apa yang boleh diumumkan...... so memang orang berumahtangga perlu berjimat-jimat cakap...... Perasaan siapa dulu yang harus kita jaga dengan cara yang betul..... pun kena dipelajari....... tak boleh kita menjadi terlalu sensitif....... terlalu mudah tersinggung dan terasa hati..... *eh samalah tu.....tak boleh terlalu sangat marah atau sedih..... dan tak boleh juga terlalu-lalu sangat gembira sampai terlupa diri siapa.......

Tuntutan hidup di dalam satu-satu perkahwinan juga kadang-kadang boleh merubah persepsi diri kita terhadap tatacara dan matlamat kehidupan itu sendiri yang sedikit sebanyak merubah gaya hidup kita seharian....... yang kadang-kadang pula menimbulkan sedikit perbezaan di antara satu sama lain..... Bahayanya keadaan ini boleh saja mengundang salah faham dan silap tafsiran terhadap kita dan kehidupan yang kita kena lalui....... So kadang-kadang bila kita kembali berjumpa saudara mara kita atau handai taulan kita yahg dulu-dulu.... maka sesetengah dari mereka langsung tak jimat cakap dan tak jimat rasa bila berhadapan dengan kita........

Nampaknya itulah risikonya bila kita cuba memilih untuk melakukan sesuatu yang hanya kita mampu buat dengan seadanya sahaja dalam hidup kita ini...... takdan nak buat lebih.... takdan nak puaskan hati semua orang........ Situasi ini kadang-kadang boleh sahaja menimbulkan cakap lepas berdepan-depan atau soksek-soksek di belakang-belakang ......hm....tak apalah ..... memang itu je yang kita mampu pun...... asal tidak bersalahan dengan hukum Allah dah la........Rasanya ini pun satu dari bentuk-bentuk ujian hidup dari Allah Swt untuk hamba-hambaNya ...yang menuntut keredhaan dan kesabaran kita pula sebagai makhlukNya....... mudah-mudahan tokma sebagai hambaNya yang lemah ini sentiasa mendapat keredhaan dan rahmat dariNya...... Amin ya Rabb...


Sekian.... salam kasih dr tokma di gb.



MENJADI LELAKI.......


Assalamualaikum.....

Kita semua.... makhluk yang di namakan insan di dunia ini memang di jadikan oleh Allah SNW... Ini adalah hakikat...... Tak kiralah samada kita ni lelaki atau perempuan..... semuanya dijadikan oleh Allah Taala belaka.... Suka ke.... tak suka ke.... kalau dah tercongak ada di atas dunia ni..... maka sudah terjadilah tu..... kena terima hakikatlah tu.....

Umumnya banyak yang merasa..... menjadi lelaki itu lebih istimewa..... kerana ia lebih kuat.... sebab umumnya lelaki saiznya lebih besar daripada perempuan...... tenaganya pun lebih banyak berbanding perempuan..... Ini menjadikan lelaki lebih berani ke depan...... lebih pantas dan maju pergerakan..... dan dengan sendirinya mereka kelihatan lebih berketerampilan di mata manusia sejagat...

Tetapi sebenarnya ...... menjadi lelaki atau perempuan adalah sama sahaja nilainya dan kedudukannya di sisi penciptanya iaitu Allah \yg Maha Berkuasa..... Kelebihan yg diberikan kepada lelaki itu adalah sesuai dengan fungsinya kenapa ia dijadikan dimuka bumi ini...... Tugasnya lebih..... tanggungjawabnya lebih berat...... dan mereka memang tak dapat lari dari hakikat itu...

Perempuan yang kelihatan kurang berbanding lelaki itu pula sebenarnya tidak kekurangan suatu apa pun daripada lelaki..... Walaupun tugasnya dikatakan kurang dan tanggungjawabnya juga dikatakan kurang....tetapi yang kelihatan kurang itu sebenarnya tetap sama berat jugak dengan apa yang dijadikan untuk lelaki.... Betapa sukarnya perempuan nak menjalankan fungsi dan tanggungjawab keperempuanannya yang kelihatan kurang itu sama sahaja beratnya dengan sukarnya lelaki nak menunaikan fungsi dan tanggungjawabnya seabagai lelaki di muka bumiNya ini........ Sebab itulah nilai lelaki dan perempuan itu sama di sisi Penciptanya...... Dan kita pun bila menilai diri kenalah mengikut norma dan terma nilai yang sudah disahkan oleh Allah Taala ...... bukan ikut percepsi diri kita sendiri sahaja....

Kalau kita menilai fungsi dan tanggungjawab diri mengikut apa yang kita kesukaan kita sahaja...... maka kita sebenarnya tidak pun berlaku adil kepada diri kita....... kerana adil bagi bg seseorang itu mengikut percepsi dirinya sendiri sahaja..... tidak semestinya adil pula bg diri orang lain......
Oleh itu .... kenalah ada satu norma dan terma nilai yang unggul untuk seluruh manusia yang ujud di muka bumi ini...... so sekarang nilai apa dan nilai siapa yang kita nak pakai.....?

Jawabannya ialah... kita kenalah menerima dan mengguna pakai nilai yang telah ditentukan oleh Allah Yg Maha Kuasa yg telah diturunkan kpd seluruh umat manusia di dunia ini melalui al-Qur'an al-Karim...... Kenapa ...? Kerana Allah yang menjadikan kita...... yang meletakkan kita di dunia ini....... yang memberi kita nyawa dan kehidupan..... So... Dia (Allah) memang sudah ada perancangan tertentu untuk sekelian makhlukNya di dunia dan di akhirat nanti......

Kita sebagai makhluk yang kena jadi ini..... kenalah hidup dan menjalankan fungsi kita dengan tanggungjawab yang diberikan itu sesuai dengan kehendak Allah sebagai Pencipta kita....... barulah kita boleh hidup dengan lebih harmoni di dunia ini...... Tak lah bercakaran dan huruhara senentiasa....... Untuk itu .. kita kenalah mengenal erti diri dan fungsi kehidupan kita di dunia ini....... jadi belajarlah....... belajar ..... belajar...... dari al-Qur'an la...... jangan sembarangan pulak....

Salam sayang drp: tokma di Gb.

First!....... Happy Birthday to Ateh Man.......

Wow!......... meghah!...... garang tu!.......

Fantastic!......... menyembur-nyembur!...........

Cantik gak ni.......... suka tak.......?

Waaa.......... yang ni handsome.... kan.... kan....?

Aaaaaaa............. yang ni yang ma suka.......kihkihkih........

Ni kat negeri omputeh ni...... kat mana tu..... lupa dah......

Racing Ateh Man!........ Racing!.......
Heh..... orang lelaki gak!....... kalau dengan motor!............

Assalamualaikum.....
Hmmmm!....... Ateh Man mesti ketawa sakan tengok motor-motor ni.......... hahahahaha......... Eisyeh!...... mama pun pandailah cari motor...... tak kisahlah brand apa kan........ janji motor la....siap ada gambar motor-race lagi la....... kihkihkih....... Nanti bolehlah iiee lawan balik motor-motor tu dalam friendster iiee........ huhuhuhu.......

Selamat menyambut hari lahir ke 20 lah...... mudah-mudahan Allah panjangkan umur..... murahkan rezeki ....... permudahkan segala urusan ....... bertambah iman dan amal kebajikan..... ditingkatkan Allah akhlaq dan keikhlasan......sentiasa sihat tubuh badan..... sihat aqal fikiran....... sihat juga hati dan perasaan......najah always di dalam pengajian dan kehidupan ..... Insyaallah .........

Hadiah hari lahir......? Selain dari doa..... itulah gambar-gambar motorcycle tu........ hahahaha..... gambar je pun takpa lah kan....... ma mana ada budget untuk beli motor-motor tu sema........ kita pakat tengok je lah ya...... Janji iiee senyum sokmo dengan ma....... sampai boleh nampak gigi arnab lah kan....... baru ma seronok kan.......

This update is done specially for Ateh Man @ iiee........

Sekian.... Salam Mujahadah drp tokma di Gb......

Cantik tak gambar ni...........? Tapi sunyi sikitkan.....?

Siminah Manja tu takdaklah mcm ni...... tapi dia memang lawa....

Ni pun lembu ni....... tapi sekali tengok mcm kambing jer kan.... ?

Kambing2 ni tokma rasa mcm tokjembel dan tokbeni je

Handsome sungguh dia ni kan....... Siap dgn semyum kambing lagi......

Assalamualakum!....
Tokma jalan2 di alam cyber..... dah jalan2 tu terjumpalah sidia.... ooo.... siapakah sidia itu..... itulah anak kambing saya ...... cantik pulak dan muda remaja..... mak dia pun ada..... mak dia pun cantik juga...... Lalu tokma pun teringat satu cerita..... cerita di zaman yg tak lah sangat muda..... sungguh pun gitu seronoklah juga rasanya ........ kalau dapat bercerita semula...... kepada anak2 cucu semua ..... yg tokma kasih dan sayang belaka.....

Cerita tu mcm ni lah mula...... dulu... baru2 duduk kat Gb di tepi hutan ni..... memanglah orangnya tak banyak mana.....dan tak berapa nak ada..... Itulah.... kira2 lima belas X dua belas purnamalah juga ..... tokma dgn tokbah je la yg ada dgn tujuh org anak yg masih kecil2....... Yg lain tu yg dekat kira sepelaung kalau dipanggil hanyalah Toksu dan Toklong sahajalah yg ada...... Eh Tokali pun adalah juga..... Tp duduknya itu pula ..... sebatanglah kara..... anak pinak pun tak ada..... hm...... sedih sungguhlah dia..... tokma nak buat mcm mana.......

Dah duduk2 gitu.... adalah tokbah duk beli se ekor lembu yang muda...... budak2 kat rumah ni duk lah bg nama dia si minah manja ...... kira2 tu lawa jugaklah dia..... ya lah lembu dara yg tengah muda...... Pastu tokbah belilah lagi sepasang kambing yg muda belia juga...... seekor jantan dan seekor lagi tu betina....... Dek bebudak di panggilnya tokjembel dan tokbeni...... isy.... budak2..! Kambing2 tu bukannya tua pun...... tapi dah depa suka nak panggil macam tu..... hm... tak apalah.

Sebenarnya tokbah beli lembu tu...... dgn niatlah nak habiskan aqiqah anak2 yg ada lagi belum di aqiqahkan..... ada yg dah sudah pun....... Akan kambing tu pula naklah menyempurnakan hjt nazar arwah tokki tokma terhdp tokma yg tak sempat beliau sempurnakan semasa hayat beliau.... Jd sewaktu beliau dah uzur tu beliau pesankan pd tokma mintak tokma sempurnakan..... hm.... adalah hjtnya tu yg dibgtau kpd tokma masa tu......

Seronok jugalah tokma anak beranak tu membela si minah manja.... tokbeni dan tokjembel tu.... Ya lah..... adalah juga yg nak kami bisingkan...... tengok2kan ...... maklumlah org pun takdak sgt lagi kat sini masa tu...... kira2 tu sunyilah juga...... Surau kami tu pun takdak lagi jugak pada masa tu.... Rumput pun banyak........ pokok nangka pun mmg dah adalah tokbah tanam sebelum rumah kami ni didirikan........... Kira2 adalah makanan binatang2 bertiga ekor tu......

Nak dijadikan cerita...... bila time nak disembelih depa2 tu utk menyempurnakan aqiqah anak2 dan nazar Allahyarham tokki....... berlakulah dua hal....... Hal pertama tu hal biasalah...... Kan tadi dah cerita yg si minah manja tukan lawa binatangnya ...... kuning keemasan jugaklah warna badannya .... senyumnya pun memanglah maniskan...... manis2 senyum si lembu muda dara.... Alakullihalnya...... si minah ni sempatlah pulak berumahtangga....... Maklumlah pada masa tu banyak jugaklah lembu2 org lain yg dtg cari makan kat kawasan tokma ni....... Dalam byk2 lembu jantan betina yg dtg tu........ ada jugaklah jodoh siminah ni rupanya.......Sempat buntingkan anak sulung pulak lagi.siminah manja kami ni...... So.... tak jadilah nak disembelih...... Kenalah panggil TokCer...... suami kakak sepupu tokma..... utk ditrade in siminah ni dengan lembu lain yg layak disembelih pada masa dan ketika tu........

Anak2 tokma sukalah siminah tak jadi nak disembelih..... sbb depa dah sayangkan siminah ni...... tapi terpaksa pulak berpisah ....... sebab siminah ni nak kena dijual pulak....... So sedih pulaklah anak2 di rumah ni....... tambah2 depa takdan nak lihat anak siminah yg bakal lahir........ Moyok belaka jugalah muka anak2 ni..... Tp nak buat mcm mana....... kawasan ni akan jd kawasan perumahan.... bukannya senang nak bela lembu pun....... Lagipun tokbah sebok nak mengajar..... takdan jugak nak carikan makanan si minah ni kalau bela lama2....... hm......'sian....

Cerita sikambing pula satu hal jugak........ Tengah2 sebok nak sembelihkan depa bertiga tu...... sempat pulak tokjembel tu melepaskan dirinya........ tak terkejar larinya........ susup sayap..... hilang terus dr pandangan....... last2...... dibiarkan sahajalah........ Lembu baru dan tokbeni sahajalah yg berjaya masuk kuali dan kawah........ Akan tokjembel tu ..... berketika2 jugaklah hilangnya...... Nak ganti pun masa tu dah takdan dah........ Namun begitu....... adalah dua tiga minggu lepas tu baru tokjembel tu dijupai orang....... Jauh jugaklah jalannya tu....... dari Gb ni sampailah dia ke Kampung Tok Jembal ........ Memang padan sangat....... tokjembel lari ke Tok Jembal...... kihkihkih!........ lucu jugak ya......... Hm...... tapi bila dah jumpa tu...... tak berapa lama pun....... makan mata pisau jugaklah tokjembel tu........

Hm.... gitulah ceritanya..... bila tengokkan lembu2 dan kambing2 yg lawa2 di dlm cyber ni...... tokma terkenanglah pulak kepada depa bertiga yg akhirnya masuk jugak ke dlm kuali dan kawah Pak Lan utk dibuat kenduri aqiqah dan tunai nazar kami di rumah di Gb ni..... Kenduri tu dibuat semasa kami baru2 duduk di rumah nilah...... walau pun pada masa tu...... taklah sudah sangat lagi rumah kami ni........ Tapi tokma seronok sangat ....... sebab walau pun tak seberapa rumah ni.... tapi tokbah ttp dpt bina rumah ni tanpa susah payah berhutang berbaris........ Tokma memang takut jugak kalau2 tokbah kena berhutang berbaris sbb tokma ambil keputusan resign awal sebab tokma nak sangat bela dan asuh anak2 sendiri..... thanks a lot always to my dear tokbah yang sungguh sabar, caring and understanding selama ini...........
Sekian........ Salam Sayang drp tokma di Gb.....


Assalamualaikum,

Nampaknya tokkbah dah selalu terima sms fsl pusaka...... dr serata tempat jugaklah di Msia ni.....Alhamdulillah.... Utk mengetahui .... mengendali dan menangani masalah pusaka yg berkaitan dgn diri kita dan org2 di sekeliling kita ini..... kita hendaklah mempunyai pengetahuan mengenainya....... Tokbah ni tak sesuai sikit nak tulis byk2 guna sms ni..... Tapi takpa lah..... sbg orgtua ..... tokbah dan tokma akan ttp cuba menolong menghuraikan kemusykilan2 mengenai hal2 pusaka ini..... biarlah kita sama2 berilmu dan faham..... dan boleh mengendalikannya.....

Utk ini...... segala pertanyaan mengenai pusaka dan juga feqah semasa yg berkatan dgn kehidupan seharian kita sbg org2 Islam akan cuba dijawab tokbah di dlm blog :


CYBERILMU. di alamat URL

Segala pertanyaan pula boleh di hantar ke email :


Yg akan menjawab persoalan2 ttg pusaka & feqah semasa ialah tokbah (Dr. Hj. Salleh Ismail Yusuf al-Mutie - mantan Dekan SPI - KUSZA... sek bertgs ktrk dgn UDM) ...... manakala blog akan dikendalikan oleh tokma..... sbg satu amal jariah dan khidmat bakti utk mendidik anakcucu semua2.......menjd ibadat yg berpanjangan bg kami yg sudah tua.... InsyaAllah.....


Sekian....... Salam Sekahtera drp tokma diGb....

;;