Assalamualaikum!.......

Rasanya betul-betul sedih...... sayu dan hiba ...... bila salah seorang jemaah surau kami pergi menyahut seruan Ilahi..... Walau pun pemergian beliau boleh diterima dengan ridha ..... kerana begitu takdir perjalanan hidup kita di dunia bila sudah habis waktunya...... tetapi mengenangkan kekosongan yang ditinggalkan itu tetap menjadikan kita sayu dan tak mampu nak senyum jugalah untuk seketika waktu...... Banyak sekali jasa beliau terhadap surau kami sewaktu Allahyarham Tok AjiLi ni masih hidup..... Siapakah yg bakal memenuhi kekosongan ini!........ hm.....


InnaliLlahi wainna Ilaihi Rajiuun!........
Sekian....... Salam Sejahtera drp tokma di gb.....

Assalamualaikum......

Imtihan dah habislah tu...... 11.30 malam semalam (w/m'sia) kakcik sms mintak resepi roti canai... Di sana mestilah masih petang lagi kan..... Tapi tokma dah tidur dah..... jawab sms pun separuh jaga je..... tak boleh bangun dah sebab takut tak jaga pulak nak sahur nanti..... tak bolehlah tak sahur walau pun puasa sunat je...... sebab tokbah dah kerja balik sekarang dan ayahsu Din ikut puasa jugaklah...... depa kata takpa.... tapi syy.... tokma tak sampai hatilah.... lagi pun kan nak dapat pahala sunat jugak kat situ tu........

Jadi..... inilah dia Resepi Roti Canai Untuk Kakcik:-

Bahan-bahan :-
1 kg tepung gandum...... 2 cawan air suam ......1 cawan susu segar ..........1 biji telur ayam........ 2 susu besar gula pasir ........2 sudu besar minyak sapi. ..........1 camca ten garam

Cara :-
1 Ayak tepung gandum dan garam halus ke dalam mangkuk adunan.
2 Masukkan susu segar, air suam, minyak sapi dan telur. Gode-gode dulu rata-rata dengan
sudu atau senduk nasi biar semua bahan rata bercampur..... lepas tu kena uli dengan tangan
sampai sebati.

Tips menguli :-
a) Adunan roti mesti diuli untuk membolehkan adunan mengembang, lembut, sebati dan kenyal.. Menguli dengan menggunakan pengisar elektrik memang mudahlah, 15 minit dah okey..... Tetapi menguli dengan tangan lagi bestlah.... walaupun lama sikit.... itu pun dalam 20 minit aja......

b) Apabila menguli dengan tangan, ia perlu dibuat di atas papan canai yang ditabur tepung sikit....Lipatbalik-lipatbalikkan tepung tu ke arah kita dan tolakkan adunan tu ke depan dengan tapak tangan..... Pusing-pusingkan doh dalam 10 minit hingga kita rasa lembut, licin dan kenyal.
** Adunan yang betul-betul bagus bergantung kepada cara bagaimana kita menguli,
dan adunan doh yang baik tak melekat pd tangan, ia licin dan tak berbulu-bulu
dengan tepung yang melekat-lekat.....

3 Bulat-bulatkan doh sebesar bola pingpong ke....... kira-kira dalam 60 gm beratlah gitu.... Selalu kita buat kat rumah ni kalau sekilo tu dapat 12 biji kalau nak besar sikit..... atai 16 biji kalau nak kecil sikit..... Selalu tu kita bagi dua, bagi dua lagi tiap-tiap satu... buat macam tulah sampai dapat 12 atau 16 biji tu......

4 Kemudian uli sebiji-sebiji kecil doh tu biar bulat dan licin... hahaha.... kemudian balutlah dengan minyak sapi semuanya..... Letak semua dalam mangkuk besarlah.... Tutuplah..

Biasanya kita uli roti canai sebelum kita tidur malam, kalau kita nak buat makan pagi.... atau uli lepas makan pagi kalau nak makan di sebelah petang.... Kena peram jugaklah 3 atau 4 jam bagi dia lembut dan kenyal..... mudah untuk di canai dan di tebar..... hahaha...... reti ke nak tebar.. huuuuiiiii........???

Tak pun ambil je sebiji ....... kemudian canai atas dulang besar atau atas meja yang bersihlah..... yang di letak sedikit minyak... Lepas tu tekan doh tu dengan tapak tangan....... lalu ditarik-tarik-tarik-tariklah keliling pelan-pelan. Bila dah besar macam dulang hidang nasi berlauk di Malaysia ni ..... Tariklah pulak jadi macam tali... Kemudian gulung kedua-dua ekor tali roti tadi secara bertentangan seperti S sehingga bertemu di tengah-tengah dan ditindan berdua..... Ketepikan dan buat yang lain pulak sampai habis.......

Dah habis tu ....... barulah ambil sebiji-sebiji..... tekan-tekan dan leper-leperkan dengan tapak tangan ...... lalu di goreng dengan minyak yang dileser sahaja di dalam kuali...... dah elok masak dan garing seperti yang dikehendaki...... bolehlah nak tepuk nak lambung pun .... bagi dia rangup-rangup gebu.... jangan jatuh berterabur ke lantai sudahlah........... hahaha.......

Nak lauk kari tak...? Ala..... kuah tu kuah kari biasalah...... Kari ayam pun boleh..... kari daging pun tak apa...... Tapi kakcik jangan lupa tarok sayur-sayuran kat dalam dia ...... Jangan buat kari togel-togel gitu aja.... nanti makanan tu tak seimbang pulak dia.....
Ayam atau daging tu potong kiub kecil-kecil sikit .... besar-besar 2 jari je..... kentang.... karot.... terung..... semua potong kiub..... lada pomento yang banyak kat sana tu pun.... Biarlah colourful sikit..... Ada ke daun kari kat sana tu......?? Halba campur ada ke......?? Kalau ada letak dia 1 camca teh semasa menumis tu (tumis sekali selepas tumis rempah 4 beradik tu).

Kari Ayam Untuk Roti Canai Kakcik :-

Bahan-bahan:-
1/2 ekor ayam atau 1/2 kg daging..........12 ulas bawang merah ........5 kuntum bunga cengkih ......
2 sudu besar rempah kari ayam/daging...........4 ulas bawang putih ...........3 biji buah pelaga .......... 2 sm halia 3 sm kulit kayu manis ..........1 camca teh halba campur............4 biji ubi kentang ....... 2 tangkai daun kari ........... 2 biji lada benggala ...........1 batang karot ..........1/2 peket santan segera atau 1/2 cawan susu segar.........1 cawan bawang goreng ..........1 cawan kacang dal. ........
1/2 cawan cili boh ............1/3 cawan minyak masak .........garam + gula secukup rasa........2 biji buah tomato ............1/3 cawan air asam jawa

Cara :-
1 . Ayam (atau 1/2 kg daging) di basuh bersih dan dipotong kiub.... marinate/seosoning sikit
garam + gula/madu + rempah kari + minyak masak (sikit je) .... peram kejap.

2 Semua sayuran dan kentang (dikupas) dibasuh bersih dan di potong kiub.. ketepikan.

3 Panaskan periuk dengan 1/3 cawan minyak masak, tumis :-
a) cili boh + bawang merah kisar + bawang putih kisar + halia kisar .... gode-gode sampai
wangi... kemudian masukkan
b) rempah kari daging yang sudah dibancuh dengan 1/2 cawan air ..... tumis sampai wangi
kemudian masukkan
c) rempah 4 beradik ( cengkih + buah pelaga + bunga lawang + kulit kayu manis ) + halba
campur + daun kari ..... tumis sampai wangi..

4 Masukan ayam + kiub-kiub ubi kentang + karot + kiub-kiub terung .... kacau goreng sampai
rata... tutup dan kecilkan api.... 'Mati-airkan' dia dalam 10 minit.... jaga jangan sampai hangus...
masukkan air sikit kalau kering sangat....

5 Bukak tutup periuk........ tuangkan serbuk santan (yang sudah di bancuh dengan air mengkut banyak kuah yang dikehendakki) + bawang goreng yang sudah di tumbuk lumat..... sentiasa
kacau semasa didihkan ia supaya santan tak berketul....Boleh guna 1/2 cawan susu segar
(kakcik mesti suka kalau dengar susu segar ni) untuk ganti santan..... tambah air sikitlah...

6 Bila dah mendidih masukkan potongan tomato + kacang dal yang sudah di rebus empuk +
gula + garam secukup rasa......

At last...... Rasalah...... dah sedap tu.... angkatlah.... buat cecah roti canai...... Kakcik boleh masak ni.... macam kat rumah dulu kan...... Anak-anak cucu tokma di serata alam ni pun boleh cuba... InsyaAllah.... sedap.... Nak makan dan sudah makan tu jangan lupa baca doa-doanya sebagaimana sepatutnya kita orang-orang muslim lagi mukmin... amin ya Rabb..


Sekian ........ Salam Sejahtera drp tokma di gb...........


Assalamualaikum!.......

Aaaa........Biasa dengar tak orang cakap macam tu.... tak kan di Trg je ada orang cakap macam tu...... ada lah tu kot di tempat lain pun...... tau tak tu cerita apa tu.......??? Hmmm..... pandai pun anak cucu tokma semua ni..... ya lah.... cerita apa lagi..... cerita tentang mahramlah tu ..... Kalau sama Pak/bapa dan sama pulak Mak/ibu maka jadi adik beradiklah semua anak-anak yang di lahirkan oleh Pak dan Mak tu..... Orang adik beradik ni... kita kata depa tu satu mahramlah..... Tidak mengapalah mereka bersentuhan kulit yang mana patut ..... wudhu' pun tidak batal dengan sentuhan biasa antara satu sama lain...... boleh bergaul dan duduk lelaki perempuan sesama mereka di dalam satu rumah........ boleh berpakaian dengan kadar biasa sesama mereka di dalam rumah.... misalnya wanita boleh tak pakai tudung kepala .... pakai pakaian nampak separuh lengan dan separuh betis ke..... bergurau senda dalam suasana kekeluargaan ...... dan mempamerkan kasih sayang kekeluargaan antara satu sama lain termasuk bersama ibu bapa dan datuk nenek mereka............ aaa ..... ...... kira-kira macam tu.......

Tapi kalau yang Pak lain-lain dan Mak pun asing-asing ni macam mana pulak........??? Uuuu.. tu dah bukan adik beradik seibu sebapak lah tu....... kita sebut bukan muhrimlah tu....... Jadi tak bolehlah jadi macam tadi....... tak bolehlah nak bergaul bebas lelaki perempuan samada di dalam atau di luar rumah....... tak bolehlah nak pakai sebarang-sebarang je. bila duduk bersama-sama..... tak bolehlah bercakap dan bergurau senda sama seperti orang yang memang adik beradik kandung........ tak bolehlah nak keluar berdua bertiga tanpa mahram yang bertanggung-jawab yang menemani ......Hmm....... tak boleh.... memang tak boleh!!!.........
Orang-orang yang bukan muhrim dan tak boleh bergaul sesuka hati ini tidaklah terhad kepada satu-satu golongan sahaja. Kalau orang biasa tak boleh buat..... maka artis ke..... orang -orang kenamaan ke.... orang sukan ke..... pengembara ke ..... pelancong ke..... semua tu tak bolehlah...

Tak bolehlah sebab awak pelakon.... maka awak pun boleh bukak-bukak aurat sebab itu kehendak skrip..... Siapa yang lebih berhak ke atas diri kita....? Allah atau pengarah/skrip..? Rezeki pengarah itu pun Allah yang bagi...... Dia mengarah atau buat skrip mesti ikut peraturan yang Allah tetapkan... bukan ikut suka hati dia je...... Kalau kita buat kerja.... tak ikut apa peraturan yang Allah tetapkan ke atas diri kita..... maka rezeki yang kita dapat tu tak akan jadi halal...... macam mana nak makan rezeki tu.......? Nanti badan kita jadi habuan api neraka dan amal ibadat kita pun tidak akan diterima Allah........

Selalu kita dengar...... dalam industri lakonan ni....... apa-apa cerita yang nak dibuat mestilah mendekati realiti ...... Misal kata..... suami isteri tu dlm bilik tidurnya mesranya macam tu.... maka dilakonkanlah macam tu...... UUUUuuuuu.......... jangan nak mengada-ngada.... Ingat...yang berlakon tu bukan suami isteri pun..... maka tak boleh buat macam yang sebenarnya...... Kalau yang berlakon tu suami isteri pun..... tetap ada hadnya yang boleh ditonton orang atau tidak.......Pengarah, pelakon, penulis skrip dan orang yang terlibat dengan industri ini mesti belajar segala hukum hakam tentang mahram, aurat, tatacara pergaulan, etika kerja yang di tentukan Allah, sama seperti di dalam bidang-bidang lain jugak......

Begitu jugak kita lihat di dalam industri sukan..... yang Islam dan bukan Islam.... yang lelaki Islam dan wanita Islam dah macam serupa belaka dah... itu semua atas nama bersukan..... Itu semua tugas mak-mak bapak dan tok-tok nenek nak kena ajar dan didik semua anak-anak cucu dari kecil lagi supaya dapat mengenal semua peraturan-peraturan Allah kalau nak berpakaian.... berkelakuan..... bergaul dan bekerja di dalam bidang itu.... Bukan kita melakukannya secara melulu tanpa mengira segala akhlak dan maruah kemanusiaan yang telah kita musnahkan, sehingga denganya dan kerananya kita menjadi insan yang ingkar kepada Allah dan tidak bertanggung jawab terhadap diri sendiri dan ahli keluarga kita...... waliauzubillahi min zaalik.....

Isy..... susahlah macam tu tokma...... tak bebaslah macam tu tokma....... kolotlah macam tu tokma ........ tak sportinglah macam tu tokma...... tak boleh buatlah macam tu tokma......isy.... tokma ni kolot sangatlah...... isy.... isy... isy... Amboi-amboi-amboi !!! ..... Marahnya !..... bosannya!..... Eh suka ke kita tengok anak bangsa kita ....... anak seagama kita yang berlakon tu sampai berpakaian hampir tak menutup aurat ......... berpeluk bercium tak kira laki siapa.... bini siapa........ anak bujang siapa........ dan anak perempuan siapa......??? Memang susah jugak segala tokma-tokma dan tokbah-tokbah ni kalau ramai sangat anak-anak cucu yang tak faham tentang perkara-perkara berkait dengan soal mahram dan bukan mahram ni..... Ini bukan perkara main-main ni...... Ia melibatkan soal haram halal jugak ni........ soal akhlaq ...... dan soal aurat lagi....... yang menjadi kewajipan bagi setiap yang menghuni bumi Allah ini menjaganya. Alangkah sedihnya apabila melihat orang-orang Islam pula yang merosakkan akhlak dirinya dan masyarakatnya......... Salah siapakah ini.....??? Pak-pak Menteri dan Mak-mak Menteri tu duk buat apa.....??? Kita ni..... macam kata....sebelah tangan kata duk julang mertabat bangsa dan agama.... tapi yang sebelah tangan lagi tu duk tarik segala anak bangsa dan anak seagama duk terjun masuk neraka....... tak sedar ke.....??? Akai mana......... ???

Dengar sini baik-baik hai segala anak cucu tokma...... dengar tokma duk nak cerita ni........ Tang mana dan siapakah yang dinamakan mahram tu......? Lengkongan mahram atau dikenali juga sebagai MUHRIM tu bererti yang di haram. Orang-orang yang menjadi mahram antara satu sama lain ni baik lelaki atau perempuan.... haramlah mereka itu berkahwin sesama mereka..... aaa...... tak boleh kahwin mereka tu antara satu sama lain........maka halallah pergaualan mereka dengan peraturan-peraturan tertentu....... dalam lengkongan keluarga dan masyarakat....

InsyaAllah dalan next update tokma akan bagitau anakcucu semua fasal mahram dan aurat ya...

Ump!!!....... sayang cucu-cucu kecil tokma semua..... katanya alFateh kembung perutlah.... mana mama dia ni .... tak ol pun.... nanti bolehlah tokma bgtau apa nak buat.... Azizi pun dah balik dari PA , dia ni galak mengagah dengan tokbah je....... dengan tokma tak berapa menjadi pulak...... Afifah di KL apa haba' no.......? Rindu pulak tokma kat cucudara yang kecik comel tu..... hm.........


Sekian............ Salam sejahtera drp tokma di gb...........


Assalamualaikum!......


Hai anak-anak!..... Hai cucu-cucu semua!.......
Sssyyy!...... semalam kan..... malam semalam!..... Surau kampung tokma ini dapat member baru!.... sepasang tokki & toknek lagi..... Isy.... orang kampung tokma jugak ...... depa dah mula datang berdua dah ke surau malam-malam untuk solat maghrib dan isya' berjemaah..... Subhanallah...... Alhamdulillah.......Bagus benar tu.... Ya lah.. nak buat apa lagi duk kat rumah tu.... dah tinggal berdua je.... anak-anak kecil yang perlu di jaga macam dulu-dulu semua dah besar panjang.... dah berkahwin dan berkeluarga sendiri.... Kita yang dah tua-tua ni memang perlu ada masa untuk diri kita sendiri pulaklah...... solat berjemaah di masjid dan surau .... menghadiri kulliah-kulliah Ilmu Islam yang sentiasa banyak yang belum habis kita terokai dan amali......

Kalau dulu tokki-tokki datang seorang... kini bawaklah toknek-toknek sama pulak.... Gi jalan ke lain tu boleh pun berdua-dua.... Gi ke masjid surau ni lagilah naknya berdua..... tambah-tambah pada umur yang dah di hujung senja ni..... lagilah nak rapat berteman berdua untuk beramal ibadat.... betul tak tokki-toki dan toknek-toknek semua.....??? Masa muda bergaya berdua-duaan ..... masa tua takberdaya lagilah nak 'bersama-samaan'..... kan kalau tersepak batu di jalan ke.... terkedu lutut ke .... nak terjatuh ke...... bolehlah sama-sama bertolong-tolongan ..... betul kan... kan...? Janganlah bila dah tua-tua ni toknek-toknek asyik kena tinggal dek tokki-tokki je...... tambah-tambah kalau duduk dah berdua je.... sedih tau!!!...... isk..... isk..... isk.....

Sebenarnya anak cucu semua...... masa ni lah.... masa tua macam tokbah tokma ni...... barulah boleh nak nilai cinta kasih orang berumah tangga...... Masa muda.... segar bugar ..... trang tang tang tu..... tak payah cakap lah..... Ya lah.... orang tengah muda lawa.... gagah perkasa..... cantik molek.....biasalah kalau orang nak sukakan kita.... kadang-kadang tu sampai biadab-biadab sikit pun orang tak kisah...... mengada-ngada sikit pun orang suka juga sebab awak cantik jelita..... Habis duit dalam poket pun tak apa...... asal sedap di mata.... Tak kisahkan aurat ke... akhlak ke.... ke mana puasa.... ke mana solat ke.....orang di samping tu tak kata apa........ asal hajat nak suka dihati tu boleh dapat belaka.... ya tak.......??? Biasa gitu kan....?

Ha..... dah tua-tua ni...... lihat ke mana pula arus kasih dan cinta membawa kita ...... serupa jugak ke tak tentu hala mana masjid surau macam masa muda-muda dahulu.....? Dulu-dulu masa jadi kak-kak puan, mak-mak puan...... susahlah nak gi masjid surau ...... susah nak belajar-bedengar........ sebab duk jaga baby .... duk jaga segala anak dara dan anak teruna dalam rumah tangga ...... kalau pergi pun abang-abang tuan dan pak-pak tuan je lah..... Tu pun ramai yang tak sanggup gi berjemaah Maghrib Isyak tu..... hunjung-hujung minggu pun tak..... Sebok dengan mencari rezeki perut dan tubuh badan sahaja...........Nak latih anak-anak gi masjid surau berjemaah pun tak ingat dan tak nak cuba..........Tu sapa yang nak jawab tu.....???

Sedangkan masjid surau tulah institusi pengajian asasi/terunggul yang disediakan Allah untuk segala insan di muka bumiNya ini..... Inilah tempat insan semua belajar mengenal makna dirinya dan Khaliqnya ..... barulah insan-insan tersebut akan tahu macam mana cara yang betul nak hidup di dunia ini..... Ini tak.... belajar tak sama timbang ..... yang banyak dipelajari ialah pelajaran-pelajaran yang boleh membawa kepada 'mengisikan perut dan nafsu kegembiraan hidup' sahaja... Pelajaran-pelajaran Islamiah yang memberikan pengertian tentang kehidupan itu sendiri tidak cukup di cari dan dipelajari..... jadi insan pun banyak yang jahil tukillah..... Pada hal Allah tu tidak sekali-kali zalim..... Setelah di sediakanNya dunia dengan segala isinya ini...... maka disediakan pula cara untuk hidup dan mengendalikan dunia ini melalui KitabNya...... Mana boleh pakai Kitab lain yang lain dari KitabNya untuk mengendalikan dunia ini..... sebab dunia ini Dia yang punya .... bukan makluqNya yang punya....... Kat mana kita nak belajar kalau tak kat masjid surau tu...... dalam tv.... surat khabar ..... majalah je tak cukup..... sebab kita tetap perlukan guru untuk belajar secara berdepan....... Manakala Majlis Ilmu dan jemaah itu sendiri akan memberi imput pahala yang besar di dalam merealisasikan aktiviti ibadat kita........

Masa toknek La tu tiba kat surau tu dekat nak maghrib semalam tu .... terkejut sukalah tokma ... apa lagi.... dah dapat seorang lagi teman jemaah wanita.....

Tokma : Oh ... kau ke La...... Alhamdulillah.!.... bertambah jemaah surau kita.
Toknek La : Ha ah..... tu lah aku ni duk asyik sakit lutut..... sampai bila nak duk ikut sakit lutut ni..... lama-lama mati lalu.... takdan nak mari surau...
Tokma : Ya lah tu.... pandai pun engkau..... tak pa lah.... dah mari surau ni bolehlah kita bertanya khabar ...... boleh cerita nak cari ubat ke.... akhtiar apa ke... nakubat lutut kau tu..... biar engkau baik dan sihat balik insyaAllah..... boleh buat amal ibadat tu dengan lebih baik dan sempurna semula ......
Toknek La : Kat rumah tu aku duk dengarlah orang mengajar kat surau ni...... sedih pulak
hati aku...... Ayahnya tu mari sini..... aku dah tinggal sorang dah le ni.....
Tokma : Hmm..... memanglah..... sedih duk sorang-sorang kat rumah tu ......Orang lain duk
belajar kat sini...... Engkau tahu La.... malam ni kulliah Muamalat...... malam esokbelajar Qur'an ...... malam lusa kulliah Tafsir ....... hari Khamis malam Jumaat kita buat bacaan Yasiin dan Tahlil serta Doa Hajat...... hari Jumaat malam Sabtu kulliah Mengenali dan Mencintai Bahasa Arab ...... hari Sabtu malam Ahad kulliah Faraidh dan hari Ahad malam Isnin kulliah Feqah Semasa bergilir dengan ustaz jemputan...
Kan penuh gak masa kita tu........ilmu dan pahala pun bertambah.......
Toknek La : Hm.... aku ni pulak dah macam-macam sakit dah ..........darah tinggilah.... itulah........ inilah....... Cuma bagus sikit tu..... kencing manis tu aku tak ada......
Tokma : Aaaa.... ya la.... aku pun dulu mcam kau jugak...... over berat..... ya lah sedap mulut,
sakit lutut tu ada lah pun.... rumah aku tu kan tinggi..... naik tangga boleh berbunyi ketup... ketup .... ketup.... lutut aku.... Kediannya aku ikhtiarlah.... aku ambil cellery.....Sekarang ni lutut akau ni okeylah dah rasanya..........Nantilah La kita cerita, bilal dah nak azan dah tu...........aku pun nak bukak puasa sat........

Ya lah..... kalau dah masuk lima puluhan tu...... macam-macam penyakit dah boleh singgah..... Tapi kata tokbah..... umur empat puluh tu .... dah berlambak dah penyakit nak singgah..... ya lah kan tu nak jadi sebab Malikil Maut nak datang ajak kita balik...... ya tak..... Cuma kata tokbah... kita akhtiarlah..... cari ubat ke...... makan suplement yang sesuai ke...... Kan baik kalau kita tak kena segala penyakit-penyakit yang kronik-kronik tu............ Mudah-mudahan segala amal ibadat yang nak dibawa balik ke Negeri Akhirat tu tak sampai jadi tergendala...... Lebih lama kita sihat lebih banyak bekalan yang boleh kita balik .... tu di dlam lengkongan umur yang di beri Allah lah ...........ya tak....?
Oh ya...... selain dari berubat berkelat sebagai akhtiar kita untuk menjaga kesihatan diri ni..... kita pun dah disediakan jugak oleh Allah amalan-amalan sunat untuk menjaga kesihatan rohani kita sekali gus badan fizikal kita....... Oh.... Apa tu....??? Apo laiii...... puasa-puasa sunatlah ... Nanti dalam bulan Muharranm nanti.... kita ada puasa sunat Isnin&Khamis.... ada puasa Sunat Hari-hari Putih iaitu pada 13, 14 dan 15 haribulan hijrah.... macam biasalah kan.... Tapi ada yang istimewa ni.... puasa sunat 9 & 10 Muharram..... InsyaAllah sama-samalah kita meraih keuntungan ini......Lagi pun.... untuk orang-orang yang dah tua macam tokma dan tokbah ni...... nafsu makan tu dah surut banyak dah....... Elok sangat dah kalau kita sama-sama cuba buat puasa-puasa tu..... Mula-mula tu memang beratlah..... Tapi insyaAllah.... Boleh!!!...........

Apa-apa pun jangan duk tunggu tua dan pencen baru nak jenguk masjid surau.... nak belajar berdengar...... Kalau umur Allah bagi sikit je.... takdan tua kan macam mana...... ??? Tak kan balik tak nak bawa bekal............. Semalam tu bukan main rancak lagi soal jawab dalam kulliah Muamalat - Jual Beli yang adakan antara maghrib dan isyak tu ....... macam-macam yang di tanya oleh para jemaah. Tak pa lah kena bukak Puasa Sunat Isnin/Khamis tu sekadar lapik perut je kat surau tu kan....... asal dapat berkumpul berjemaah bersama..... dan belajar berdengar pun bersama-sama para jemaah juga........ Alhamdulillah.... Syukur.... Mudah-mudahan toknek La suami isteri dan kami semua para jemaah di surau ini dapat mengekalkan istiqamah kami........


Sekian.......... Salam Sejahtera drp tokma di gb........

Assalamualaikum hai semua anak cucuku!.......Kita tengok
bunga kertas ya hari ini.... ditumbuhkan Allah dengan
cantik sekali sesuai dgn usaha yg dilakukan manusia.....
*****

Bunga orkid yang sungguh handsome..... eh ya ke handsome?
Bolehlah bagi kat baby alFateh...... Majlis Tahnit dia hari n

*****

Huuuuiiiiiiiiiiiii................. Meghahnya MakNgoh.......
Si Hibiscus Bunga Raya.............

*****

Si Bunga Loceng Alamanda...... aaa..... kuning!..........

***** Bunga ni pun cantik kan ?..... Ada siapa-siapa yang tanam?

*****

Bunga di laman bisan..............

*****

Bunga-bunga penghias hantaran.............
*****

Bunga di tepi tiang di kaki tangga........

*****

Bunga tu dah dihujung musim...... tapi ada lagilah...

*****

Bunga-bunga keikhlasan dan kebahagiaan.......

***** Lagi bunga di laman bisan ......... berseri-seri...........

*****

Bunga-bunga hati yang jauh di pengajian .............

*****

Bunga-bunga kerinduan di Ardhul Kinanah..............
Semoga Allah sentiasa melindungi & memberkati .............

*****

Bunga pahar di hari bahagia...........

*****
Bunga kehidupan di pangkuan baba........ Alhamdulillah.....
*****

Bunga-bunga yang telah 'naik pangkat' menjadi mak-maksaudara ...... Mak Angah.... Mak Alang...... Mak Acik........ Manjalah alFateh nanti...... Ayah Teh Man mana?..........
*****

Lagi sekuntum bunga yang 'naik pangkat'....
Mak Ucu Wiya............
*****
Aisyeeehhh.!!!......... Ini bukan bunga dah ni.!.................
Tapi 'naik pangkat' jugak dia ni...... Ayah Wan lah kot!..
tengah kumpul kelapa muda nak bawak balik KL........
*****

At last...... Daeng Imam alFateh....... ( 10 hari )...................
Bunga kehidupan di perjalanan Baba&Mama nya..............
*****
Sekian......... Salam Sejahtera drp tokma di gb...........
04/01/2008...................................................................................................................................di GB.

'WINTER' DI GB


Hai anak cucu..... Assalamualaikum!..

Huh!...... Sejuk gila!!!...... Memang sejuk....... fu...fu...fuu..... sejuk... Nak ambil wudhu' tu sampai naik berbiji-biji badan... terutama time nak qiamullail.... Entah mcm manalah bebudak kat musim sejuk betul-betul tu..... Hujan pun lebat sakan jugak.... berhari-hari dah.... sat-sat kat rumah orang tu yang naik air.... sat kat laman orang lain pulak.... nasib baik jugalah di sini tanahnya pasir... kalau tanah lanar tak tahu bila air tu nak kering...... Tapi pasir-pasir pun..... bila air dah berhari-hari tak kering... pokok-pokok ada yang mati jugalah..... macam pokok pisang dan pokok betik...... Kata orang Trg... mati corot air......... begitulah yang terjadi di kebun di belakang kampung tokma ni....
Duduk dalam rumah pun tokma dah pakai baju tangan panjang dah.... siap pakai setokin lagi..... tidur pun dah pakai baju penuh dengan setokin jugak....... ala... kira-kira masa-masa macam ni tiap-tiap tahun tu.... macam 'winter' jugalah di GB ni.....ala... winter style pantai timur semenanjung la katakan..........Nak basuh pinggan mangkuk dan baju kain pun .... aduh sejuk!!!..... Si Adik tu boleh pulak keluar dengan motosikal untuk ke pondok K.Ibai tu tak bawak baju hujan..... hanya pakai jeket tebal je..... mana cukup...... balik tu jeket pun dah basah lecun!..... Kan dah sejuk sakan tu.... Nasib baik tak winter yang bersalji ya...... winter berhujan air je........

Depa-depa yang duk rayakan bandaraya apa tu...? (aaa...... Bandaraya Warisan Pesisir Air tu) duk menembak meriam jugalah semalamnya berdentam dentum di dalam sejuk-sejuk tu ..... Tanya baba si alFateh : Apa istimewanya bandaraya tu....? Tokma cakap..... baca ajalah apa-apa yg depa cakap dan depa tulis dan depa iklankan tu...... berlambak!!!........ Tapi telor ayam yang 4 biji seringgit dah jadi 3 seringgit.... sardin yang 4.80 setin dah jadi 5.20 setin...... minyak masak dah takdak dah kat kedai....... takkan tak tau sebab apa kan..... minyak masak bunga matahari... dari 20 ringgit lebih utk 3 kg.... sekarang dah jd 24 ringgit lebih..... sapa sangat yang boleh beli minyak masak tu........? Orang ramai semua boleh beli ke.....? Giant bukak cawangan... Mydeen bukak cawangan ........ Hock Kee Seng bukak cawangan........yang berdedai-dedai duk pergi tu sapa?....... Orang kat pasar besar..... pasar batu 6 nak meniaga pun sakit...... Dah tak segalak dan seramai dululah pelanggannya......Hai... fikirlah sendiri.......

Sekarang ni homestay pun dah banyak..... masa cuti sekolah baru-baru ni..... adalah nampak bebudak remaja lelaki perempuan yang nampak lain sikit stylenya berjalan-jalan masuk kampung tokma ...... Pakaiannya bebudak muda p'puan tu sah tak tutup aurat..... rambut kaler-kaler lagi.... Nampak muka macam Melayu..... cakap pun sah Melayu.... loghat bukan Trg lah...... Sewa kat homestay kot...? Budaya.......????? Warisan mana tak tahulah...... dengan seluar jin sendat di tengah betis..... baju ketat nampak ketiak....... depa duk berjalan-jalan merata-rata masuk kampung orang..... Budaya Melayu ke tu.....? Kalau nak kata warisan Islam...... memang dah sah tidaknya..... Itu semua akan membiakkan lagilah budaya sesat barat tu.......

Kalau depa masuk kampung orang..... jaga sopan santun...... jaga tertib pakaian....... jaga aurat.... tak lah orang yang duduk kat kampung sendiri pun terkena tempias buruk perangai ...... dan buruk gambar depa-depa tu.... Tapi ya lah..... tv , surat khabar... majalah dah duk ajar macam-macam yang buruk dah salah.... banyak orang yang tengok kemungkaran pun dah tak rasa apa-apa dah.... walau pun berlaku di depan mata..... Memanglah boleh kata: pilih tengoklah yang betul dan baik-baik sahaja.... Ya lah pun..... Tapi dalam duk pilih tengok tu..... yang setan iblis tu tetap duk pop-up jugaknya buat selingan...... tu sapa nak tanggung dosa semua-semua tu......??? Pergi tengok kat stall suratkhabar dan majalah-majalah nun...... banjir dah yang buruk-buruk tu duk masuk ke serata ceruk negeri....... Belajar agama pun memang tak pernah padan dengan keperluan hidup...... tak ke orang panggil tu duk bunuh sahsiah rakyat sendiri....??? Heiiiiiii....... tak boleh cakaplah...... memang risaulah memikirkan dunia yang bakal diwarisi oleh anak cucu tokma ni......

Memang kita ni selalu tak perasan... tak tahu .... dan sedar bila kita telah mengkhianati diri kita sendiri ....... So, macam mana nak tahu......? Kita kena belajarlah tentang Islam ni... sebab ia adalah agama fitrah bagi setiap insan yang dijadikan Allah di muka bumi ini..... Kalau ada manusia tu dia tak mengaku Allah tu Tuhan dia, Islam tu agama dia, tu tidak bermakna ia terlepas daripada terpaksa akhirnya kembali kepada Allah juga kan..... Kita datang dari Allah... dan memang kita akan kembali kepada Allah juga lah nanti..... Akan dihisab di Mahkamah Allah di Yaumul Mahsyar nanti tanpa kecuali samada ia kafir atau Islam..... Akhirnya semua manusia ni dari dulu-dulu........... sampai sekarang-sekarang ...........hingga ke akandatang-akandatang..... bila dah melalui fasa mati yang sekejap tu, akan kena devided into two lah..... yang mana kena gi Syurga Allah tu.... Alhamdulillah lah...... mencapai bahagia abadilah dia...... Manakala yang kena gi ke Neraka Allah tu pulak ...( waliauzubillahi min zaalik!!!.....) akan ke sanalah dan mungkin akan kekallah ia di Jahannam itu dengan segala siksaan yang forever afterlah pulaknya.... huhuhu......
Sebab itulah...... dalam hidup ni..... kita kena pilih yang baik dan di redhai Allah sahaja..... Ini adalah termasuk makannya.... pakainya.... ke mana berjalannya.....apa yang nak dipelajarinya ....... apa dan dari mana sumber rezekinya ..... ke mana disalurkan rezeki yang didapatinya .... jaga keperluan dan kebajikan orang-orang yang menjadi ahlinya.... jaga batas-batas pergaulan di sepanjang kehidupannya.... dan macam-mcam lagilah yang kena dipelajari..... so, rajin-rajinlah pergi belajar ya ..... Masjid surau banyak duk ada...... pergilah......
Huhuhu...... inilah coretan dari tokma hari ini...... sejuk lagilah ni..... nanti nak jalan dalam 30 minit dalam rumah sat..... panaskan badan..... uuuuu..... tokbah balik dari kulliah la..... Anak cucu ingat tu... jaga diri baik-baik ya..... hidup ni buat yang baik aja ya!......
Sekian........ Salam Sejahtera drp Cikwernini........

;;