Assalamualaikum!.......

Aaaa........Biasa dengar tak orang cakap macam tu.... tak kan di Trg je ada orang cakap macam tu...... ada lah tu kot di tempat lain pun...... tau tak tu cerita apa tu.......??? Hmmm..... pandai pun anak cucu tokma semua ni..... ya lah.... cerita apa lagi..... cerita tentang mahramlah tu ..... Kalau sama Pak/bapa dan sama pulak Mak/ibu maka jadi adik beradiklah semua anak-anak yang di lahirkan oleh Pak dan Mak tu..... Orang adik beradik ni... kita kata depa tu satu mahramlah..... Tidak mengapalah mereka bersentuhan kulit yang mana patut ..... wudhu' pun tidak batal dengan sentuhan biasa antara satu sama lain...... boleh bergaul dan duduk lelaki perempuan sesama mereka di dalam satu rumah........ boleh berpakaian dengan kadar biasa sesama mereka di dalam rumah.... misalnya wanita boleh tak pakai tudung kepala .... pakai pakaian nampak separuh lengan dan separuh betis ke..... bergurau senda dalam suasana kekeluargaan ...... dan mempamerkan kasih sayang kekeluargaan antara satu sama lain termasuk bersama ibu bapa dan datuk nenek mereka............ aaa ..... ...... kira-kira macam tu.......

Tapi kalau yang Pak lain-lain dan Mak pun asing-asing ni macam mana pulak........??? Uuuu.. tu dah bukan adik beradik seibu sebapak lah tu....... kita sebut bukan muhrimlah tu....... Jadi tak bolehlah jadi macam tadi....... tak bolehlah nak bergaul bebas lelaki perempuan samada di dalam atau di luar rumah....... tak bolehlah nak pakai sebarang-sebarang je. bila duduk bersama-sama..... tak bolehlah bercakap dan bergurau senda sama seperti orang yang memang adik beradik kandung........ tak bolehlah nak keluar berdua bertiga tanpa mahram yang bertanggung-jawab yang menemani ......Hmm....... tak boleh.... memang tak boleh!!!.........
Orang-orang yang bukan muhrim dan tak boleh bergaul sesuka hati ini tidaklah terhad kepada satu-satu golongan sahaja. Kalau orang biasa tak boleh buat..... maka artis ke..... orang -orang kenamaan ke.... orang sukan ke..... pengembara ke ..... pelancong ke..... semua tu tak bolehlah...

Tak bolehlah sebab awak pelakon.... maka awak pun boleh bukak-bukak aurat sebab itu kehendak skrip..... Siapa yang lebih berhak ke atas diri kita....? Allah atau pengarah/skrip..? Rezeki pengarah itu pun Allah yang bagi...... Dia mengarah atau buat skrip mesti ikut peraturan yang Allah tetapkan... bukan ikut suka hati dia je...... Kalau kita buat kerja.... tak ikut apa peraturan yang Allah tetapkan ke atas diri kita..... maka rezeki yang kita dapat tu tak akan jadi halal...... macam mana nak makan rezeki tu.......? Nanti badan kita jadi habuan api neraka dan amal ibadat kita pun tidak akan diterima Allah........

Selalu kita dengar...... dalam industri lakonan ni....... apa-apa cerita yang nak dibuat mestilah mendekati realiti ...... Misal kata..... suami isteri tu dlm bilik tidurnya mesranya macam tu.... maka dilakonkanlah macam tu...... UUUUuuuuu.......... jangan nak mengada-ngada.... Ingat...yang berlakon tu bukan suami isteri pun..... maka tak boleh buat macam yang sebenarnya...... Kalau yang berlakon tu suami isteri pun..... tetap ada hadnya yang boleh ditonton orang atau tidak.......Pengarah, pelakon, penulis skrip dan orang yang terlibat dengan industri ini mesti belajar segala hukum hakam tentang mahram, aurat, tatacara pergaulan, etika kerja yang di tentukan Allah, sama seperti di dalam bidang-bidang lain jugak......

Begitu jugak kita lihat di dalam industri sukan..... yang Islam dan bukan Islam.... yang lelaki Islam dan wanita Islam dah macam serupa belaka dah... itu semua atas nama bersukan..... Itu semua tugas mak-mak bapak dan tok-tok nenek nak kena ajar dan didik semua anak-anak cucu dari kecil lagi supaya dapat mengenal semua peraturan-peraturan Allah kalau nak berpakaian.... berkelakuan..... bergaul dan bekerja di dalam bidang itu.... Bukan kita melakukannya secara melulu tanpa mengira segala akhlak dan maruah kemanusiaan yang telah kita musnahkan, sehingga denganya dan kerananya kita menjadi insan yang ingkar kepada Allah dan tidak bertanggung jawab terhadap diri sendiri dan ahli keluarga kita...... waliauzubillahi min zaalik.....

Isy..... susahlah macam tu tokma...... tak bebaslah macam tu tokma....... kolotlah macam tu tokma ........ tak sportinglah macam tu tokma...... tak boleh buatlah macam tu tokma......isy.... tokma ni kolot sangatlah...... isy.... isy... isy... Amboi-amboi-amboi !!! ..... Marahnya !..... bosannya!..... Eh suka ke kita tengok anak bangsa kita ....... anak seagama kita yang berlakon tu sampai berpakaian hampir tak menutup aurat ......... berpeluk bercium tak kira laki siapa.... bini siapa........ anak bujang siapa........ dan anak perempuan siapa......??? Memang susah jugak segala tokma-tokma dan tokbah-tokbah ni kalau ramai sangat anak-anak cucu yang tak faham tentang perkara-perkara berkait dengan soal mahram dan bukan mahram ni..... Ini bukan perkara main-main ni...... Ia melibatkan soal haram halal jugak ni........ soal akhlaq ...... dan soal aurat lagi....... yang menjadi kewajipan bagi setiap yang menghuni bumi Allah ini menjaganya. Alangkah sedihnya apabila melihat orang-orang Islam pula yang merosakkan akhlak dirinya dan masyarakatnya......... Salah siapakah ini.....??? Pak-pak Menteri dan Mak-mak Menteri tu duk buat apa.....??? Kita ni..... macam kata....sebelah tangan kata duk julang mertabat bangsa dan agama.... tapi yang sebelah tangan lagi tu duk tarik segala anak bangsa dan anak seagama duk terjun masuk neraka....... tak sedar ke.....??? Akai mana......... ???

Dengar sini baik-baik hai segala anak cucu tokma...... dengar tokma duk nak cerita ni........ Tang mana dan siapakah yang dinamakan mahram tu......? Lengkongan mahram atau dikenali juga sebagai MUHRIM tu bererti yang di haram. Orang-orang yang menjadi mahram antara satu sama lain ni baik lelaki atau perempuan.... haramlah mereka itu berkahwin sesama mereka..... aaa...... tak boleh kahwin mereka tu antara satu sama lain........maka halallah pergaualan mereka dengan peraturan-peraturan tertentu....... dalam lengkongan keluarga dan masyarakat....

InsyaAllah dalan next update tokma akan bagitau anakcucu semua fasal mahram dan aurat ya...

Ump!!!....... sayang cucu-cucu kecil tokma semua..... katanya alFateh kembung perutlah.... mana mama dia ni .... tak ol pun.... nanti bolehlah tokma bgtau apa nak buat.... Azizi pun dah balik dari PA , dia ni galak mengagah dengan tokbah je....... dengan tokma tak berapa menjadi pulak...... Afifah di KL apa haba' no.......? Rindu pulak tokma kat cucudara yang kecik comel tu..... hm.........


Sekian............ Salam sejahtera drp tokma di gb...........

0 comments: