Assalamualaikum anak cucu tokma semua..
Duduk-duduk sendirian..... selalu membuat kita merenung jauh ke dalam diri ... melewati detik-detik yang sudah dilalui..... menilai gerak hati kita.....merenung tutur kata..... menilik tindaklaku di neraca Allah, bukan semata-mata mengira apa yang sedap di mata dan suka di minda sahaja.....
Kadang-kadang di dalam hidup ni.... apa yang kita suka tu ada jugak yang tak selari dengan hukum Allah... Katalah... seorang anak perempuan yang sangat sayangkan ibubapanya... aisy!... tokma ni..... memanglah patut dah macam tu... anak kenalah sayangkan ibubapanya.... kalau tak.... tak dosa ke nanti... Iya... iayalah cucu oooiii..... Gini tokma nak kabo kan... Bila dah lah anak perempuan tu berkahwin.... tang mana pulak nak duduknya tu....?
Aaa... iya.... betul!... Duduknya tu di sisi suaminya lah.... di rumah di mana suaminya duduklah..... Payah jugaklah jadi mak ni..... Biasalah kan.... setiap mak, tentulah sayangkan anak-anaknya.... Tapi, bila kita mendidik anak perempuan ni..... kita kena tanamkan dalam minda kita dan minda anak tu, yang satu hari nanti ..... rumahnya adalah di rumah suaminya.... Makan minumnya pun bersama suaminyalah.....Kalau banyak - aaa .. syukurlah, kalau masa tu sikit aje perolehan dia..... sabarlah dulu.....Kalau ditakdirkan Allah .... suami awak tu kurang sikit daripada awak...... awak redha je lah.... Sebab jodoh awak tu Allah yang tentukan... Bagaimana pun usaha akhtiar... atau marah halang para manusia.... jika memang ada jodoh awak dengan dia..... maka jadi.... Kalau tak jadi tu.... tentu memang jodohnya takdak lah tu... ya tak...?
Jadi ... kalau dah kahwin tu.... di sisi suaminyalah duduknya dia senentiasa.... Pengorbanannya adalah duduk di rumah suaminya... bukan di rumah ibubapanya sepenuhnya.... Kalau anak perempuan tokma berkahwin... dapat 1/3 giliran duduk di rumah tokma&tokbah berbanding 2/3 di rumah ibubapa suaminya adalah sudah adil bagi tokma..... Kalau menantu lelaki membahagikan 1/2 untuk tokma dan 1/2 masa lagi di rumah ibubapanya.... maka itu adalah bonus untuk tokma... Alhamdulillah dan terlebih syukurlah rasanya.... Tapi tokma tak akan mintak sampai lebih dari 1/2 lah selagi ada ibubapa menantu lelaki itu..... Begitulah adanya..... Di rumah ibubapa suamilah para isteri akan belajar kebiasaan-kebiasaan yang baik yang tidak ada di rumah ibubapanya sendiri.... kerana tak ada oranglah yang rasa tokma dapat memberi 100% kebaikan kepada anak-anaknya ..... kurang lebih mesti ada.... Dan si isteri juga akan memanfaatkan pula kebiasaan-kebiasaan yang baik yang sudah pun sedia di milikinya di rumah suaminya atau di rumah ibubapa suaminya.... insyaAllah...
Syy!..... adalah tokbah tu berpesan..... orang berumah tangga ni..... jangan sesuka hati je nak tinggal-tinggalkan suaminya atau isterinya.... Ada kata-kata orang yang biasa juga kita dengar...'sayangkan isteri tinggal-tinggalkan'.... Hm... sayangkan suami macam mana pulak....? Nak tinggal-tinggalkan jugak ke....? Isyyy..... jangan deme duk biasa-biasa buat bab tinggal meninggalkan ni.... Memang tak elok bebenor..... Mudah je menimbulkan fitnah.... Jangan sampai orang lain terkesiankan pulak suami awak tu.... atau 'terkesiankan' isteri awak tu yang kena di tinggalkan dek awak.... Uhhhhh...... itu semua tu pintu kepada fitnah tu..... Kalau tinggal utk gi kerja tu lainla.........
Lagi pun kan.... hidup atas dunia ni bukannya lama mana sangat...... sat kan dah nak kena mati la pulak..... Tokma ni diam tak diam dah 30 tahun hidup dengan tokbah ni.... sekejap je rasanya..... isyyy..... sekarang ni sedar-sedar dah tua-tua belaka dah tokma dengan tokbah ni..... Pusing kiri.... pusing kanan .... dah habis satu hari....Pandang depan pandang belakang pula .... dah habis pun 30 tahun tu.....bukan lama sangat pun.....Ha... kalau asyik duk suka sangat tinggal meninggalkan ni... banyak mana sangat nak ada masa duduk bersama.....Padahal masa duduk bersama suami tu la kita banyak mengutip pahala ..... melayan makan minumnya.... berborak bercerita bersama .........bergurau senda dengannya..... menghilangkan duka hati dan jerih payah tubuh badannya....... aaaa..... banyak ganjaran pahalanya tu kan...?
Tambah-tambah bagi orang yang berkerjaya suami isteri...... bila awak semua tu gi kerja.... si suaminya asyik duk kena jumpa orang lain.... gitu jugak si isterinya... memang dah-dah duk kena jumpa orang lain juga...... Bila balik baru la nak duk dengan pasangan masing-masing..... Masa tu... penat pun ada la.... sebok kerja rumah pulak pun ada la.... Kalau masa ni nak tinggal-tinggalkan pulak.... bila masa awak nak seronok berdua......
Aaaa...... Lagi satu.... ada orang ni.... dia kahwin ni kadang-kadang bukan kerana Allah sangat tau..... Kahwin kerana Allah tu macam mana..? Haaa..... Kahwin kerana Allah ni sebab kita nak menambahkan amal ibadat kitalah dengan perkahwinan kita ni......Jadi dlm perkahwinan ni segala ibadat kita tu dah bertambahlah pahalanya.... hati kita lebih tenang sebab dah adalah kata orang tempat meletakkan hati.... Ya la.... memangla suami yang kena bagi nafaqah zahir dan batin..... kurang lebih tu ...ikut kemampuan suami la.... Tapi bab layanan makan minum.... tidur baring..... bercakap berkabor.... bergurau bersenda tu kenalah isteri sama menunaikan...... Itu hal serius tu.... bukannya boleh buat main-main hai anak cucu ooooiiiiiii.......!
Sat-sat.... kahwin tak kerana Allah tu macam mana pulak...? Aaaa la... memang ada la yang macam tu tu.... Ada orang... bila dia tengok orang kahwin... dia nak kahwin jugaklah.... tak kisahlah dengan siapa pun kan....Ada tu takutla lama-lama jadi anak dara kan.... ya la .... semua perempuan pun biasanya memang macam tu la......Tokma dulu pun taknak gak eh duk lama-lama jadi anak dara tu..... Kalau ada orang tak kisah fasal nak kahwin pun problem jugala kan.... must be something wrong somewhere jugak la tu kan...... Tapi bila dah kahwin tu kena la anak-anak perempuan menerima hakikat .... yang dia telah berkongsi hidup dengan suaminya... bukan hidup di celah ketiak ibubapanya lagi...... wallahu 'alam....... Tapi tetaplah sisuami kena bawak isterinya itu balik menziarahi ibubapa isterinya juga...... understood la tu kan ... ya tak anak-anak cucu tokma yang di kasihi semua....???
Apabila kita dapat dan sanggup berbuat yang betul mengikut neraca Allah... barulah datang keberkatan ...... dan hati merasa damai dan hidup dilimpahi bahagia yang kekal abadi hingga ke syurgaNya.... Amin ya Rabb.......
This update is specially done for Bangcik di Egypt....
Sekian.... salam kasih dr tokma di gb......
..
Assalamualaikum...
Aik...... rindu benar tokma akan blog-blog tokma dan anak cucu cyber yang boleh ditemui di sini..... Sejak salah seorang anak tokma ( beserta menantu dan cucu tokma) terlibat dlm kemalangan jalan raya di bulan Ogos yg lalu........yang membuat tokma&tokbah serta ahli keluarga sibuk menjaga mereka semua di hospital dan juga di rumah.... kemudian bertembong pulak dengan bulan Ramadhan dan Syawal yang menuntut komitmen yang tinggi di dalam ibadah segala umat Islam itu...... maka... baru kini tokma boleh bersembang kembali dengan anda yang serasa dan setia.......
Dalam kesemua masa tu banyak jugaklah yang tokma dah cakap dan dah rasa....... ya la orang tua yang memang dah senja.... memang macam tu la....... Dalam masa-masa tu juga orang bercakap dan tokma pun bercakap........ Orang merasa dan tokma pun merasa.......Tapi satu halnya tokma ni susah sangat nak bagitau orang tentang kesusahan dan kerumitan tokma di tengah-tengah kemelut tu terjadi...... Sedari kecil tokma ni macam tu....... jumpa dengan tokbah yang sama macam tu jugak.......... hm...... dah jadi sekepalalah pulak dah..... Keadaan ini dah menjadi kemarahan pulak kepada sesetengah orang......alahai.......
Barangkali jugak kerana tokma sangat terasa hidup berjauhan dari ibubapa menjadikan tokma banyak memendam rasa duka dan kecewa...... terasa takdak tempat mengadu....... kalau mengadu dengan tok&tokki tokma pun hanya perkara-perkara mustahak dan tertentu sahaja .... bukannya soal-soal hati dan perasaan...... kerana tokma selalu rasa tok&tokki tokma tu milik orang ramai bukannya milik tokma yang khusus seperti ibubapa tokma sendiri.......ya la..... depa pun ada anak-anak dan cucu-cucu yang lain juga kan..........
Sedari kecil tokma memang selalu rasa yang susah, sedih, duka dan kecewa itu adalah milik peribadi tokma seorang sahaja, tak ada untungnya kita berkongsi itu semua dengan orang...... salah-salah nanti jadi umpatan dan kejian pula..... Selalu tokma rasa..... kalau macam tu tokma susah... orang lain yang lagi susah pun ada.... Kalau macam tu tokma menderita.....orang lain yang lagi menderita pun ada......... jadi tokma selalu rasa seganlah pulak dan terasa seperti hendak membesar-besarkan cerita pula.........Sebaliknya pula..... tokma rasa .....yang kita boleh dan patut buat untuk orang sekeliling kita adalah mengembirakan mereka..... memberi sokongan dan pertolongan kepada mereka seterdaya dan seikhlas mungkin...... hm.... itulah dia......
Hidup dengan tok&tokki tokma yang selalu menjadikan tokma kena ikut depa pergi ke beberapa masjid pada hari-hari tertentu setiap minggu..... menjadikan tokma rasa tak apa je dengan segala macam duka dan tak puas hati...... kerana tok-tok guru selalu bercakap tentang sabar...... taqdir...... ujian hidup...... kena pilih nak hidup dalam salah ke dalam betul......kena mati jugak satu hari nanti, tak kiralah masa tua ke masa muda ke......... balasan syurga dan neraka.....Itu telah menjadikan tokma ni selalu suspence la di sepanjang masa tu...... selalu tokma terfikir-fikir kenapa agaknya aku ni Allah jadikan macam ni...... dan nanti-nanti Allah nak jadikan aku ni macam mana pulaklah agaknya......... Keadaan itu menjadikan tokma ni banyak jugaklah termenung dan berfikir..... dan tak lah tokma berani sangat kalau nak banyak-banyak komplin tentang hidup tokma ni......
Bertemu tokbah di usia 23 th dan mengahwininya setahun kemudian...... menjadi turning point juga di dalam kehidupan tokma ...... tokma memang rasa syukur kerana selepas itu tokma merasai tokma telah memiliki kehidupan tokma yang tersendiri...... ada suami yang menjadi kawan dan sahabat personal yang boleh berkongsi cerita tanpa rasa bimbang seperti kalau kita bercakap dengan orang lain yang belum tentu akan menjaga kehormatan diri kita terhadap apa yang kita cakap dan cerita....... Dan di sinilah juga tokma telah menjadi lebih berjimat-jimat cakap dan berjimat-jimat rasa dengan orang-orang di luar rumahtangga tokma......
Perkahwinan memang mengajar kita had sempadan percakapan di dalam dan di luar rumahtangga.......... kehormatan suami isteri yang mesti sama-sama dijaga oleh kedua-dua belah pihak akan tetap menjadi keutamaan...... Kita terpaksa belajar apa yang wajib menjadi rahsia dan apa yang boleh diumumkan...... so memang orang berumahtangga perlu berjimat-jimat cakap...... Perasaan siapa dulu yang harus kita jaga dengan cara yang betul..... pun kena dipelajari....... tak boleh kita menjadi terlalu sensitif....... terlalu mudah tersinggung dan terasa hati..... *eh samalah tu.....tak boleh terlalu sangat marah atau sedih..... dan tak boleh juga terlalu-lalu sangat gembira sampai terlupa diri siapa.......
Tuntutan hidup di dalam satu-satu perkahwinan juga kadang-kadang boleh merubah persepsi diri kita terhadap tatacara dan matlamat kehidupan itu sendiri yang sedikit sebanyak merubah gaya hidup kita seharian....... yang kadang-kadang pula menimbulkan sedikit perbezaan di antara satu sama lain..... Bahayanya keadaan ini boleh saja mengundang salah faham dan silap tafsiran terhadap kita dan kehidupan yang kita kena lalui....... So kadang-kadang bila kita kembali berjumpa saudara mara kita atau handai taulan kita yahg dulu-dulu.... maka sesetengah dari mereka langsung tak jimat cakap dan tak jimat rasa bila berhadapan dengan kita........
Nampaknya itulah risikonya bila kita cuba memilih untuk melakukan sesuatu yang hanya kita mampu buat dengan seadanya sahaja dalam hidup kita ini...... takdan nak buat lebih.... takdan nak puaskan hati semua orang........ Situasi ini kadang-kadang boleh sahaja menimbulkan cakap lepas berdepan-depan atau soksek-soksek di belakang-belakang ......hm....tak apalah ..... memang itu je yang kita mampu pun...... asal tidak bersalahan dengan hukum Allah dah la........Rasanya ini pun satu dari bentuk-bentuk ujian hidup dari Allah Swt untuk hamba-hambaNya ...yang menuntut keredhaan dan kesabaran kita pula sebagai makhlukNya....... mudah-mudahan tokma sebagai hambaNya yang lemah ini sentiasa mendapat keredhaan dan rahmat dariNya...... Amin ya Rabb...
Sekian.... salam kasih dr tokma di gb.
Kita semua.... makhluk yang di namakan insan di dunia ini memang di jadikan oleh Allah SNW... Ini adalah hakikat...... Tak kiralah samada kita ni lelaki atau perempuan..... semuanya dijadikan oleh Allah Taala belaka.... Suka ke.... tak suka ke.... kalau dah tercongak ada di atas dunia ni..... maka sudah terjadilah tu..... kena terima hakikatlah tu.....
Umumnya banyak yang merasa..... menjadi lelaki itu lebih istimewa..... kerana ia lebih kuat.... sebab umumnya lelaki saiznya lebih besar daripada perempuan...... tenaganya pun lebih banyak berbanding perempuan..... Ini menjadikan lelaki lebih berani ke depan...... lebih pantas dan maju pergerakan..... dan dengan sendirinya mereka kelihatan lebih berketerampilan di mata manusia sejagat...
Tetapi sebenarnya ...... menjadi lelaki atau perempuan adalah sama sahaja nilainya dan kedudukannya di sisi penciptanya iaitu Allah \yg Maha Berkuasa..... Kelebihan yg diberikan kepada lelaki itu adalah sesuai dengan fungsinya kenapa ia dijadikan dimuka bumi ini...... Tugasnya lebih..... tanggungjawabnya lebih berat...... dan mereka memang tak dapat lari dari hakikat itu...
Perempuan yang kelihatan kurang berbanding lelaki itu pula sebenarnya tidak kekurangan suatu apa pun daripada lelaki..... Walaupun tugasnya dikatakan kurang dan tanggungjawabnya juga dikatakan kurang....tetapi yang kelihatan kurang itu sebenarnya tetap sama berat jugak dengan apa yang dijadikan untuk lelaki.... Betapa sukarnya perempuan nak menjalankan fungsi dan tanggungjawab keperempuanannya yang kelihatan kurang itu sama sahaja beratnya dengan sukarnya lelaki nak menunaikan fungsi dan tanggungjawabnya seabagai lelaki di muka bumiNya ini........ Sebab itulah nilai lelaki dan perempuan itu sama di sisi Penciptanya...... Dan kita pun bila menilai diri kenalah mengikut norma dan terma nilai yang sudah disahkan oleh Allah Taala ...... bukan ikut percepsi diri kita sendiri sahaja....
Kalau kita menilai fungsi dan tanggungjawab diri mengikut apa yang kita kesukaan kita sahaja...... maka kita sebenarnya tidak pun berlaku adil kepada diri kita....... kerana adil bagi bg seseorang itu mengikut percepsi dirinya sendiri sahaja..... tidak semestinya adil pula bg diri orang lain......
Oleh itu .... kenalah ada satu norma dan terma nilai yang unggul untuk seluruh manusia yang ujud di muka bumi ini...... so sekarang nilai apa dan nilai siapa yang kita nak pakai.....?
Jawabannya ialah... kita kenalah menerima dan mengguna pakai nilai yang telah ditentukan oleh Allah Yg Maha Kuasa yg telah diturunkan kpd seluruh umat manusia di dunia ini melalui al-Qur'an al-Karim...... Kenapa ...? Kerana Allah yang menjadikan kita...... yang meletakkan kita di dunia ini....... yang memberi kita nyawa dan kehidupan..... So... Dia (Allah) memang sudah ada perancangan tertentu untuk sekelian makhlukNya di dunia dan di akhirat nanti......
Kita sebagai makhluk yang kena jadi ini..... kenalah hidup dan menjalankan fungsi kita dengan tanggungjawab yang diberikan itu sesuai dengan kehendak Allah sebagai Pencipta kita....... barulah kita boleh hidup dengan lebih harmoni di dunia ini...... Tak lah bercakaran dan huruhara senentiasa....... Untuk itu .. kita kenalah mengenal erti diri dan fungsi kehidupan kita di dunia ini....... jadi belajarlah....... belajar ..... belajar...... dari al-Qur'an la...... jangan sembarangan pulak....
Salam sayang drp: tokma di Gb.
VROOM!..... VROOM!....Ummm!.... MOTORBIKES FOR ATEH MAN!........
0 comments Posted by SIMPLYROSES at 5:20 PM First!....... Happy Birthday to Ateh Man.......






Cantik tak gambar ni...........? Tapi sunyi sikitkan.....?


Nampaknya tokkbah dah selalu terima sms fsl pusaka...... dr serata tempat jugaklah di Msia ni.....Alhamdulillah.... Utk mengetahui .... mengendali dan menangani masalah pusaka yg berkaitan dgn diri kita dan org2 di sekeliling kita ini..... kita hendaklah mempunyai pengetahuan mengenainya....... Tokbah ni tak sesuai sikit nak tulis byk2 guna sms ni..... Tapi takpa lah..... sbg orgtua ..... tokbah dan tokma akan ttp cuba menolong menghuraikan kemusykilan2 mengenai hal2 pusaka ini..... biarlah kita sama2 berilmu dan faham..... dan boleh mengendalikannya.....
Utk ini...... segala pertanyaan mengenai pusaka dan juga feqah semasa yg berkatan dgn kehidupan seharian kita sbg org2 Islam akan cuba dijawab tokbah di dlm blog :
ALHAMDULILLAH.... ZOOM APROACH CAN FLY NOW !!!...........
0 comments Posted by SIMPLYROSES at 1:05 AMRumah itu....... memang tempat pertemuan...... tempat sanak saudara berkumpul..... membaharui rasa kasih, rasa sayang dan harapan utk bertemu lagi di lain hari dan waktu.... Rumah yg masih mempunyai seorang ibu di dalamnya memang akan memiliki aura ini di dalamnya..... Tetapi... hari ini ..... seorang lagi ibu yang seperti itu telah kembali ke Rahmatullah! ...... Inna IiLLahi wa inna Ilaihi Rajiuun.......
Cikngah Jah( Khadijah - mak sepupu kpd tokma) atau di panggil Tokngah CikJah oleh cucu2 saudaranya telah tiada lagi di mayapada ini...... telah di semadikan beliau hari ini di perkuburan Bukit Kecil di depan Sabasun KT.... Semasa hayatnya.... saat-saat kenduri kendara di rumahnya di Pdg Hiliran itu memang selalu menggembirakan tokma...... Melihat adik2 dan ipar2nya di dapur tolong memasak di waktu2 kenduri kendara di rumahnya.... ( Ayah Man & Cik Dah ... Ayah Chin & Cik Ya ... Ayah Heng (arwah) & Cik Pah ... Ayah Mat (arwah) & Mak Teh Ti ... Ayah Nong & Mak Ani ... Ayah Lim & (isy... lupalah pulak nama mak acik yg ni... )... Ayah Chor (arwah) & Mak La ).... adalah satu kenangan manis dan kegembiraan yg sukar tokma lupakan.....
Arwah ayahanda kpd Cikngah Jah ni adalah adik kpd arwah nenek tokma di sebelah ibu..... tokma pula adalah cucu sulung nenek tokma yg inilah..... so, usia tokma ni duduk setahun lebih muda dr arwah Ayah Heng dan setahun lebih tua dr arwah Ayah Mat ..... so boleh katakan inilah semua teman2 sepermainan tokma semasa tokma membesar di dlm asuhan arwah nenek tokma di KT ni (ibubapa tokma bermastautin di Jhr) sampailah tokma tinggalkan kampung halaman melanjutkan pelajaran di UKM dan kemudiannya berkahwin dgn tokbah dan pindah ke Prk....... Depa2 ni lah antara teman bermain dan mengharung air di musim banjir di KT dulu2.... depa lah jugak body guard kalau kami anak2 p'puan nak gi tengok wayang atau keramaian..... kami anak2 dara ni tak kan boleh pergi kalau tak ada semua2 body guard ni ikut untuk tengok2kan kami.... itu adalah perintah orgtua2 dlm keluarga kami......
Di majlis2 kenduri atau hariraya di rumah Allahyarhamah Cikngah Jah inilah jugaklah di antara tempat tokma menunggu utk ketemu dgn saudara mara..... sepupu sepapat ..... yang sudah jauh terpisah mengikut haluan kehidupan masing2 di berbagai tempat...... Di setiap pertemuan..... kami saling mengucap salam dan bertanya khabar dgn saudara mara yg bukan mahram..... dan tentulah bersalam dan berpeluk cium sesama p'puan dgn penuh nostalgia kasih sayang dan kerinduan.....
Kadang2 tu kelucuan pun timbul jugak ...... tersalah menghulurkan salam oleh adik2 sepupu lelaki tokma oleh tersangat rindu lama tak jumpa...... Huhuhuhu..... sayang!.... tak leh salam dah..... kita semua dah dewasa...... dah mmg bukan mahram pun..... Ikutkan rindu.... rasa nak peluk dan nak cium jugak2 adik2 dan anak2 sepupu yg laki2 tu mcm yg p'puan tu..... Tapi mmg tak leh dah! ........ dulu kecik2 bolehlah...... sekrang semua dah jadi suami2 orang dan ayah2 orang belaka....... Begitu jugak dgn suami2 bagi kakak2 sepupu dan dua pupu..... di situlah jugak di antara tempat tokma mengucapkan salam...... bertanya khabar depa dan anak cucu depa ... dan mendoakan kesihatan mereka.....
Sungguh.!... hidup ini tersangatlah singkatnya..... so... tak usahlah nak gaduh2..... dah kata mengata..... dengki mendengki..... Sebaik2nya kita ni... selama hidup ini....biarlah saling ingat mengingat ke jalan yg di redhai Allah..... doa mendoa ke arah kesejahteraan dan rahmat Allah .... biar ada lah kata orang, jadi benda/pahala yg boleh di kutip dan dikumpul utk jadi bekal bila kembali mengadap Allah Azza wa Jalla nanti..... Amin ya Rabb..
Sekian....... Slm manis drp tokma di gb....
Rasanya betul-betul sedih...... sayu dan hiba ...... bila salah seorang jemaah surau kami pergi menyahut seruan Ilahi..... Walau pun pemergian beliau boleh diterima dengan ridha ..... kerana begitu takdir perjalanan hidup kita di dunia bila sudah habis waktunya...... tetapi mengenangkan kekosongan yang ditinggalkan itu tetap menjadikan kita sayu dan tak mampu nak senyum jugalah untuk seketika waktu...... Banyak sekali jasa beliau terhadap surau kami sewaktu Allahyarham Tok AjiLi ni masih hidup..... Siapakah yg bakal memenuhi kekosongan ini!........ hm.....
Assalamualaikum......
Imtihan dah habislah tu...... 11.30 malam semalam (w/m'sia) kakcik sms mintak resepi roti canai... Di sana mestilah masih petang lagi kan..... Tapi tokma dah tidur dah..... jawab sms pun separuh jaga je..... tak boleh bangun dah sebab takut tak jaga pulak nak sahur nanti..... tak bolehlah tak sahur walau pun puasa sunat je...... sebab tokbah dah kerja balik sekarang dan ayahsu Din ikut puasa jugaklah...... depa kata takpa.... tapi syy.... tokma tak sampai hatilah.... lagi pun kan nak dapat pahala sunat jugak kat situ tu........
Jadi..... inilah dia Resepi Roti Canai Untuk Kakcik:-
Bahan-bahan :-
1 kg tepung gandum...... 2 cawan air suam ......1 cawan susu segar ..........1 biji telur ayam........ 2 susu besar gula pasir ........2 sudu besar minyak sapi. ..........1 camca ten garam
Cara :-
1 Ayak tepung gandum dan garam halus ke dalam mangkuk adunan.
2 Masukkan susu segar, air suam, minyak sapi dan telur. Gode-gode dulu rata-rata dengan
sudu atau senduk nasi biar semua bahan rata bercampur..... lepas tu kena uli dengan tangan
sampai sebati.
Tips menguli :-
a) Adunan roti mesti diuli untuk membolehkan adunan mengembang, lembut, sebati dan kenyal.. Menguli dengan menggunakan pengisar elektrik memang mudahlah, 15 minit dah okey..... Tetapi menguli dengan tangan lagi bestlah.... walaupun lama sikit.... itu pun dalam 20 minit aja......
** Adunan yang betul-betul bagus bergantung kepada cara bagaimana kita menguli,
dan adunan doh yang baik tak melekat pd tangan, ia licin dan tak berbulu-bulu
dengan tepung yang melekat-lekat.....
3 Bulat-bulatkan doh sebesar bola pingpong ke....... kira-kira dalam 60 gm beratlah gitu.... Selalu kita buat kat rumah ni kalau sekilo tu dapat 12 biji kalau nak besar sikit..... atai 16 biji kalau nak kecil sikit..... Selalu tu kita bagi dua, bagi dua lagi tiap-tiap satu... buat macam tulah sampai dapat 12 atau 16 biji tu......
4 Kemudian uli sebiji-sebiji kecil doh tu biar bulat dan licin... hahaha.... kemudian balutlah dengan minyak sapi semuanya..... Letak semua dalam mangkuk besarlah.... Tutuplah..
Biasanya kita uli roti canai sebelum kita tidur malam, kalau kita nak buat makan pagi.... atau uli lepas makan pagi kalau nak makan di sebelah petang.... Kena peram jugaklah 3 atau 4 jam bagi dia lembut dan kenyal..... mudah untuk di canai dan di tebar..... hahaha...... reti ke nak tebar.. huuuuiiiii........???
Tak pun ambil je sebiji ....... kemudian canai atas dulang besar atau atas meja yang bersihlah..... yang di letak sedikit minyak... Lepas tu tekan doh tu dengan tapak tangan....... lalu ditarik-tarik-tarik-tariklah keliling pelan-pelan. Bila dah besar macam dulang hidang nasi berlauk di Malaysia ni ..... Tariklah pulak jadi macam tali... Kemudian gulung kedua-dua ekor tali roti tadi secara bertentangan seperti S sehingga bertemu di tengah-tengah dan ditindan berdua..... Ketepikan dan buat yang lain pulak sampai habis.......
Dah habis tu ....... barulah ambil sebiji-sebiji..... tekan-tekan dan leper-leperkan dengan tapak tangan ...... lalu di goreng dengan minyak yang dileser sahaja di dalam kuali...... dah elok masak dan garing seperti yang dikehendaki...... bolehlah nak tepuk nak lambung pun .... bagi dia rangup-rangup gebu.... jangan jatuh berterabur ke lantai sudahlah........... hahaha.......
Nak lauk kari tak...? Ala..... kuah tu kuah kari biasalah...... Kari ayam pun boleh..... kari daging pun tak apa...... Tapi kakcik jangan lupa tarok sayur-sayuran kat dalam dia ...... Jangan buat kari togel-togel gitu aja.... nanti makanan tu tak seimbang pulak dia.....
Kari Ayam Untuk Roti Canai Kakcik :-
Bahan-bahan:-
1/2 ekor ayam atau 1/2 kg daging..........12 ulas bawang merah ........5 kuntum bunga cengkih ......
2 sudu besar rempah kari ayam/daging...........4 ulas bawang putih ...........3 biji buah pelaga .......... 2 sm halia 3 sm kulit kayu manis ..........1 camca teh halba campur............4 biji ubi kentang ....... 2 tangkai daun kari ........... 2 biji lada benggala ...........1 batang karot ..........1/2 peket santan segera atau 1/2 cawan susu segar.........1 cawan bawang goreng ..........1 cawan kacang dal. ........
1/2 cawan cili boh ............1/3 cawan minyak masak .........garam + gula secukup rasa........2 biji buah tomato ............1/3 cawan air asam jawa
Cara :-
1 . Ayam (atau 1/2 kg daging) di basuh bersih dan dipotong kiub.... marinate/seosoning sikit
garam + gula/madu + rempah kari + minyak masak (sikit je) .... peram kejap.
2 Semua sayuran dan kentang (dikupas) dibasuh bersih dan di potong kiub.. ketepikan.
3 Panaskan periuk dengan 1/3 cawan minyak masak, tumis :-
a) cili boh + bawang merah kisar + bawang putih kisar + halia kisar .... gode-gode sampai
wangi... kemudian masukkan
b) rempah kari daging yang sudah dibancuh dengan 1/2 cawan air ..... tumis sampai wangi
kemudian masukkan
c) rempah 4 beradik ( cengkih + buah pelaga + bunga lawang + kulit kayu manis ) + halba
campur + daun kari ..... tumis sampai wangi..
4 Masukan ayam + kiub-kiub ubi kentang + karot + kiub-kiub terung .... kacau goreng sampai
rata... tutup dan kecilkan api.... 'Mati-airkan' dia dalam 10 minit.... jaga jangan sampai hangus...
masukkan air sikit kalau kering sangat....
5 Bukak tutup periuk........ tuangkan serbuk santan (yang sudah di bancuh dengan air mengkut banyak kuah yang dikehendakki) + bawang goreng yang sudah di tumbuk lumat..... sentiasa
kacau semasa didihkan ia supaya santan tak berketul....Boleh guna 1/2 cawan susu segar
(kakcik mesti suka kalau dengar susu segar ni) untuk ganti santan..... tambah air sikitlah...
6 Bila dah mendidih masukkan potongan tomato + kacang dal yang sudah di rebus empuk +
gula + garam secukup rasa......
At last...... Rasalah...... dah sedap tu.... angkatlah.... buat cecah roti canai...... Kakcik boleh masak ni.... macam kat rumah dulu kan...... Anak-anak cucu tokma di serata alam ni pun boleh cuba... InsyaAllah.... sedap.... Nak makan dan sudah makan tu jangan lupa baca doa-doanya sebagaimana sepatutnya kita orang-orang muslim lagi mukmin... amin ya Rabb..
Sekian ........ Salam Sejahtera drp tokma di gb...........