Assalamualaikum,


Mengenali penullis buku
"TEKNIK PENYELESAIAN PUSAKA".

DILAHIRKAN di Kampung Duyung Besar, Kuala Terengganu pada 10 Jun 1949. Tamat pengajian peringkat thanawi di Sekolah Menengah Agama Sultan Zainal Abidin, Batu Burok, Kuala Terengganu pada tahun 1969. Kemudian pada tahun 1970 menyambung pelajaran ke Universiti al-Azhar, Mesir dan berjaya mendapat ijazah B.A. dengan kepujian dalam bidang syariah pada tahun 1974. Pada tahun 1975, berjaya memperoleh Diploma Pendidikan dari Ain Shams University, Cairo. Mula berkhidmat sebagai guru agama di Sekolah Menengah Hamid Khan, Tapah, Perak, pada tahun 1976 hingga pertengahan tahun 1983. Kemudian mulai Julai 1983, menyambung perkhidmatan sebagai pensyarah di Sekolah Pengajian Islam, KUSZA, Kuala Terengganu. Pada tahun 1986 menyambung pengajian di Akademi Islam, Universiti Malaya dan pada tahun 1988 berjaya mendapat ijazah M.A. dalam bidang Syariah. Pada akhir tahun 1993 pula, menyambung pelajaran di Universiti Kebangsaan Malaysia dan berjaya mendapat Ph.D dalam bidang syariah pada tahun 1998. Mulai tahun 2000 hingga tahun 2004 bertugas sebagai Dekan Sekolah Pengajian Islam, KUSZA. Pada pertengahan tahun 2005 bersara daripada jawatan di dalam Perkhidmatan Awam setelah berkhidmat hampir 30 tahun.

Antara hasil penulisan beliau yang lain ialah:-
1. Tuntutan Hidup Muslim
2. Pembuburan Perkahwinan Mengikut Fiqh & Undang-undang Keluarga Islam.
3. Murtad di Malaysia.

Antara buku-buku beliau yang akan menyusul ialah:-
1. Surah Al Rahman : Tafsiran dan Fakta-fakta Saintifik.
2. Bahasa Arab - Kaedah Mudah (Untuk Mengenali, Memahami, Menggunakannya Untuk Mentelaah Kitab-kitab Arab & Bercakap).

0 comments: