REZEKI YANG HILANG..........

Wahai Allah Yang Maha Memberi,
Sesungguhnya kami para makhluk di muka bumi ni
Tetap memerlukan sebaik-baik rezeki daripadaMu..........

Bagaimanakah engkau wahai anak cucuku... jika melihat seorang perantau.... yang telah bersusah payah di perjalanannya..... dan dengan terpaksa meninggalkan kampung kediamannya ..... untuk mencari rezeki bagi menyara dirinya dan ahli keluarganya;..... kemudian di perjalanannya itu.... ia telah diberikan makanan yang lazat dan berkhasiat, diberikan emas dan intan berlian, diberikan sutera dan wangi-wangian, diberikan juga kediaman yang luas, indah dan teguh, untuk dibawa ahli keluarga tinggal bersama.... tetapi si perantau tadi mengatakan........ "Tak payahlah..... saya tak mahu itu semua.... saya hanya mahu sisa-sisa makanan ini sahaja, baju-baju buruk dan koyak rabak sahaja, saya cuma perlu bangsal yang goyah dan robek-robek ini sahaja untuk kediaman saya dan keluarga saya......." Apakah yang akan engkau fikirkan terhadap orang yang sebegitu...? Bodoh ke cerdik, siuman ke tidak orang seperti itu....?

Itulah yang aku fikirkan di subuh yang bening ini, seusai qiamullail dan Solat Subuh ..... Subuh ini adalah Subuh di yaumil Jumaat yang mulia, ditambah dengan yaumul Tasyri' dua Hariraya Korban...... Yang memberi makna : Sebelum masuk waktu subuh kita semua sudah boleh bersujud kepada Allah dengan sedaya kita menunaikan solat-solat sunat wudhu', tahajjuj, taubat, tasbih, hajat, witir, mutlaq dan membaca Qur'an walau pun sedikit....... Di setiap subuh di pagi Jumaat ini juga di masjid dan surau selalu di anugerahkah Allah dengan para imam yang sanggup pula mengadakan Sujud Sejadah dengan membaca Surah Assajdah......... Ditambah pula dengan pagi ini yang masih lagi hari-hari Tasyri' ...... maka Subhanallah!!...... seusai Solat Subuh, kita masih lagi bertakbir..... bertahlil...... dan bertahmid sempena Eidul Adhha yang sedang berlangsung ................

Ya salam...... ya anak-anak.... ya cucu-cucu semua...... itulah sebenarnya makanan yang lazat dan berkhasiat bagi akal dan rohmu..... itu juga emas, intan berlian dan sutera untuk pakaian akhiratmu..... dan itulah juga rumah kediaman yang indah, luas dan teguh di negeri abadimu.... Kenapa engkau biarkan semua rezekimu itu berlalu begitu sahaja dengan tidurmu yang panjang..... mimpimu yang diulit iblis yang laknat.... engkau biarkan telingamu penuh dikencing syaitan....... sehingga azan subuh pun tidak memberi apa-apa makna kepadamu untuk turut sama memperkasakan jemaah di kariahmu......????????? Astaghfirullah al Azim!!!!!..............

Alangkah sedihnya...... dukanya...... takutnya...... menderitanya....... hati-hati para ibu seperti aku..... yang telah melahirkan...... mengasuh dan membesarkan anak-anak lelaki yang kini telah akil baligh dan ada yang telah menjadi suami dan ayah orang...... Tetapi mereka tidak mampu mendidik dan mendisiplinkan diri sendiri untuk tunduk dan taat beribadat kepada Allah dengan seribu satu macam alasan diberikan.... Kediaman yang besar dan selesa..... kenderaan yang berbagai dan elok ...... tubuh badan yang sihat dan cantik ...... rezeki yang murah dan baik .... telah tidak menjadikan mereka sanggup untuk bersusah payah menjadikan solat jemaah di masjid dan surau sebagai agenda dalam kehidupan seharian mereka........ mereka telah tidak dapat memasukkan agenda menuntut ilmu Allah yang difardhukan ini ke dalam jadual hidup mereka.........

Bangunlah wahai segala anak lelaki dan cucu lelaki di dunia ini........ jangan biarkan dirimu menjadi sebab runtuh adab dan akhlak ......kerana suka atau tidak....engkau lelaki tetap pemimpin bagi dirimu dan anak isterimu...... Jangan engkau berjalan senget sebelah..... hanya berjalan untuk habuan dunia, habuan akhirat engkau abaikan........ Jangan engkau dan anak isteri engkau pakai telanjang sekerat..... walaupun berpakaian tapi tak cukup syarat........ Jangan engkau makan makanan beracun walaupun ia nampak elok di mata dan sedap di rasa..... Jangan engkau biar rohmu kebulur sebab engkau hanya pandai memberi makan tubuh badanmu sahaja..... Jangan engkau cari habuan dunia sahaja sebab samada engkau suka atau tidak..... engkau tetap akan mati dan rumah kekalmu adalah di Dunia Akhirat yang telah diberi tahu oleh Allah di dalam Al-Qur'an dan di jelaskan Muhammad Rasulullah di dalam al-Hadith.....

Ayuh anak cucuk lelakiku........ asuh dan didik dirimu .... anak-anak lelakimu sebagai pemimpin mengikut acuan Allah sebab engkau memang makhluk Allah pun.... duduk pun di bumi Allah..... jangan kerana kejahilan dan kedegilan mu, para wanita tidak terbela dan rosak binasa ....... Tidurlah awal...... kemudian bangun awal untuk Solat Subuh berjemaah di kariah kamu ...... Begitu jugak di hari-hari minggu....... pergi berjemaah ke masjid surau yang berdekatan....... bawak anak bini "belajar & berdengar."..........Belajar malu dengan Allah yang memberi engkau sihat dan tidak cacat..... Kalau Allah jadikan engkau sakit sokmo seumur hidup engkau...... reyok rempang dan cacat cedera sampai tak terjaga diri sendiri, bagaimana......? Nak.......?? Suka........??? Bahagia......???

Sekian......... Slm syg drp tokma di gb ..........

0 comments: